16/01/2013

Kenapa Ramai Datang #KL112 - Misteri Telah Terbongkar!



Sekitar jam 11 tengahari pada tarikh 12.01.2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu, rata-rata peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) adalah sekitar 15,000 sahaja.

Itulah angka yang dianggarkan oleh berbagai agensi kerajaan termasuk PDRM yang sempat kami perolehi pada waktu itu.

Melalui pemerhatian kami yang turut menempatkan tidak kurang 20 journo sekitar Amcorp PJ, Universiti Malaya, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Central Market, KLCC, Jalan Tun H.S.Lee dan beberapa kawasan lain, anggaran sekitar 15,000 ke 20,000 peserta memang kami akui.

Peserta-peserta #KL112 ini berduyun-duyun memasuki perkarangan Stadium Merdeka dan seterusnya memenuhi setiap ruang di dalam stadium menjelang jam 12 tengahari.

Menghampiri jam 2 petang sejurus sebelum para VVIP memasuki stadium, saya kira lebih dari 30,000 peserta sudah berada di dalam stadium dengan ruang tempat duduk dipenuhi dan sebahagian besar yang lain memenuhi ruang padang stadium tersebut.

Setelah para VVIP seperti ketua umum pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama mursyidul am PAS, Dato Sri Bentara Haji Nik Aziz Nik Mat memasuki stadium, secara tiba-tiba berduyun-duyun lagi manusia memasuki area persekitaran stadium tersebut.

peserta di dalam stadium sekitar jam 11 am

Check Point & Penempatan Menjelang Himpunan 
Terdahulu, beberapa 'check point' peserta #KL112 dikenal pasti antaranya adalah markas PAS iaitu sekitar Taman Melewar Gombak, beberapa masjid di sekitar bandaraya Kuala Lumpur hingga ke kawasan Gombak, Ampang, Pandan, Segambut, Selayang, Kepong, Bangsar, Sri Petaling, Kg Kerinchi, Damansara, Lembah Pantai dan lain-lain termasuk masjid negara menjadi penempatan sementara peserta yang majoritinya terdiri dari ahli serta penyokong tegar PAS seluruh negara.

Bagi yang punyai jawatan tinggi dalam parti serta pengikut setia mereka, hotel-hotel mewah dan bajet dalam kawasan kotaraya menjadi penginapan rasmi mereka.

Kehadiran awal iaitu sekitar Khamis dan Jumaat menyebabkan pergerakan mereka lebih licin dan lancar berbanding himpunan-himpunan terdahulu seperti Bersih 2.0 dan 3.0 serta tidak menyebabkan kesesakan melampau sewaktu hari kejadian (Sabtu).

Sukacita untuk saya tidak menafikan jumlah kehadiran para peserta #KL112 sememangnya adalah dalam sekitar 40,000 sewaktu jam melepasi angka 2 petang.

Misteri Kehadiran Ribuan Peserta Tambahan

Namun apa yang membingungkan agenai-agensi kerajaan yang memantau perhimpunan ini adalah penambahan nyata secara mendadak sekitar jam 3 petang dimana dianggarkan sekitar 10 ke 15 ribu peserta baru kelihatan muncul secara tiba-tiba memenuhi persekitaran stadium dan 'check point' yang lain termasuk KLCC, masjid negara, masjid jamek dan masjid India.

Tiada kelihatan kenderaan pengangkutan rasmi seperti bas yang disewa atau konvoi besar-besaran namun yang menjadi misteri adalah kemunculan mendadak peserta baru seolah-olah mereka sebelum ini halimunan namun pada waktu terpilih ‘memunculkan diri’ mereka di pandangan mata kasar manusia yang lain lebih-lebih lagi kepada agensi kerajaan yang turut memantau pergerakan awal peserta #KL112 ini.

Persoalan besar yang menjadi tanda tanya ramai pihak adalah; SIAPAKAH MEREKA DAN DARI MANAKAH MEREKA DATANG?

Misteri Terjawab

Bagi menjawab soalan 'cepu emas' ini, krew kami terpaksa mencari dan bertanya kepada bekas-bekas kumpulan REFORMIS yang wujud seawal tahun 1998 sewaktu Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan selaku timbalan perdana Malaysia serta timbalan presiden UMNO.

Antara info penting yang kami perolehi adalah pada setiap masa, terdapat 'hire merchants' yang tinggal dalam bandaraya Kuala Lumpur boleh diupah untuk digerakkan oleh kumpulan reformis (dahulu) dan kini masih boleh berkhidmat kepada jentera pakatan pembangkang walaupun bukan atas nama reformis lagi.

Mereka ini adalah penduduk tetap bandaraya Kuala Lumpur terutama sekitar Segambut, Selayang, Kepong, Kg Baru, Kg Pandan, Ampang, Kg Kerinchi, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, jalan Cochrane, jalan Ampang dan lain-lain.

Lebih dari itu, mereka juga adalah para peniaga kecil-kecilan yang sentiasa berada di persekitaran jalan Chow Kit, pasar borong Selayang, jalan masjid India, Petaling Street, Central Market, jalan Imbi, Bukit Bintang, jalan Tun Abd Razak dan lain-lain.

Dan jangan terkejut jika pengemis mahupun pendatang asing yang melata di ibu negara turut diupah bagi melaksanakan agenda himpunan.

jika anda biasa dengan KL, pasti biasa dengan wajah pengemis ini dan beliau antara yang sering diupah dalam setiap perhimpunan

Mereka digerakkan oleh beberapa 'ketua kumpulan' atau 'kepala’ dengan janji atau habuan tertentu dan bukan bermotifkan politik semata.

Sebab itu mereka mampu muncul pada bila-bila masa dan dalam sekelip mata memenuhi ruang-ruang kotaraya dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.

Perhimpunan Selalu Berlangsung Dalam Ibukota Negara

Tidakkah kita hairan, mengapa bersungguh-sungguh penganjur himpunan mahu menggunakan tapak atau kawasan di pertengahan bandaraya Kuala Lumpur dan tidak di pinggiran kotaraya seperti Stadium Bukit Jalil dan sebagainya?
Sambung baca di [SINI]
K7L : Kena baca sampai habis..baru faham!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk