29/05/2014

#ManifestoBN Buatkan #Dyana Lebih Desperado Untuk Berbohong? #PRKTelukIntan



  

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mendahului parti lawan apabila melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kelmarin.

Antaranya, Presiden Gerakan itu mahu memperjuangkan pembinaan sebuah universiti di bandar itu selain berusaha menjadikan ikon Menara Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam manifestonya, beliau juga berjanji menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan dan mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usahanya mentransformasikan bandar itu.

Manifesto BN itu pastinya bukan 'janji bulan bintang' sebaliknya realistik dan mampu dipenuhi jika BN kembali memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah dua penggal dimenangi oleh DAP.

Meneliti pembangunan keseluruhan di Perak, Teluk Intan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri, sepatutnya lebih maju daripada apa yang dinikmatinya sekarang.

Namun pembangunannya tersekat akibat tidak selari dengan kerajaan Pusat setelah dua penggal dicengkam pembangkang.

Wawasan Siew Keong untuk menubuhkan sebuah universiti memang kena pada masanya, ketika bandar-bandar lain di ne­geri ini sudah pun memiliki pusat pengajian tinggi yang terkemuka.

Kampar, umpamanya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Teluk Intan mempunyai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi ikon Tanjung Malim; Tapah sudah mempunyai Universiti Teknologi Mara (UiTM); begitu juga Bandar Baru Seri Iskandar di daerah Perak Tengah sudah tersergam UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Ini bermakna 'bandar-bandar jiran' Teluk Intan masing-masing sudah memiliki pusat pengajian tinggi yang pastinya dicemburui oleh masyarakat di sini.

Penekanan ke arah pendidikan menerusi manifesto untuk menubuhkan sebuah universiti pastinya 'tawaran yang tidak boleh ditolak' oleh pengundi yang sekian lama mengimpikan bandar Teluk Intan berubah wajah.

Ketika calon BN mengumumkan manifes­to­nya semalam, tumpuan kini 100 peratus kepada PRK Parlimen Teluk Intan setelah berak­hirnya PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ahad lalu.

Perkara yang menjadi perbualan adalah kemerosotan peratusan keluar mengundi pada hari pengundian PRK Parlimen Bukit Gelugor apabila 56.04 peratus sahaja yang menunaikan tanggungjawab mereka. Dan seperti dijangkakan persaingan empat penjuru di PRK berkenaan, calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh sebanyak 41,242 undi.

Mungkinkah PRK Parlimen Teluk Intan juga bakal menyaksikan fenomena yang sama iaitu peratusan yang keluar mengundi akan merosot? Hal ini kerana dikatakan pengundi Cina tidak berminat, tidak ghairah untuk mengundi dalam PRK berban­ding Pilihan Raya Umum (PRU).

Tiada fakta konkrit yang mampu menyokong pendapat itu namun mungkin para pengundi merasakan walau parti mana yang menang sekali pun, ia tidak akan me­ngubah apa-apa, sama ada kerajaan negeri apatah lagi kerajaan Pusat.

Jika itu benar, ini pastinya bakal menjadi kelebihan buat BN yang sememangnya mengharapkan undi daripada kaum itu terutama di kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Pasir Bedamar yang majoritinya pengundi Cina merosot pada hari pengundian pada Sabtu ini.

Kemerosotan undi Cina itu mampu menjejaskan majoriti 7,313 undi yang diraih mendiang Seah Leong Peng, calon DAP dalam PRU yang lalu. Ini bermakna undi kira-kira 11,000 pengundi India mampu menjadi penentu siapa yang bakal memenangi PRK ini.

Berdasarkan PRU lalu, masyarakat India yang sebahagian besarnya berdaftar sebagai pengundi di DUN Changkat Jong, memihak kepada pembangkang. Namun hasil pembangunan dan bantuan yang di­nikmati kaum ini, angin perubahan mula dilihat apabila mereka kini semakin yakin dengan BN.

Dalam usaha menarik mereka, BN perlu 'mencari' mereka yang sebahagian besar­nya tinggal di estet-estet. Dekati mereka. Jangan beri ruang kepada pembangkang menyebarkan dakyah.

Jika 65 peratus daripada 11,000 pe­ngundi India memihak BN, sudah pasti akan berlaku kejutan PRK ini seperti yang diramalkan.

Masyarakat India tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Mereka cuma berharap tidak dipinggirkan, taraf ekonomi mereka ditingkatkan dan keperluan asas yang lebih selesa. Jika kena pada kempennya, tidak mustahil pengundi India akan kembali memilih BN.

Bagi pengundi Melayu pula terutama yang berusia atas 50 tahun, undi mereka diyakini masih kekal memihak kepada BN manakala golongan muda pula dilihat ber­belah-bahagi sama ada mahu memang­kah BN atau DAP.

Diakui strategi pembangkang meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, memberikan impak kepada golongan muda, namun tidak bermakna mereka akan bulat-bulat mengundi beliau.

Malah sudah ada yang mengatakan ­pe­ngundi muda Melayu lebih memikirkan siapa yang mampu membawa peluang pekerjaan ke bandar kelahiran mereka de­ngan mengharapkan calon BN, Siew Keong mengubah wajah bandar Teluk Intan yang telah berusia lebih 100 tahun ini.

K7L : Untuk kemajuan atau dendam?..

1 ulasan:

  1. Percayalah kepada janji-janji BN kerana mereka tak tipu. Macam dikedah, BN menang Kedah senang, pelaburan (FDI) di Kedah telah meningkat melebihi RM4 billion tempat kedua selepas sarawak. Penang jatuh ditempat kelima tak sampai RM1 billion. Mereka akan melaksanakan manifesto mereka bagi membalas jasa pengundi2 Teluk Intan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk