12/05/2014

Episod 1 : Pemilihan PKR @anwaribrahim @BuletinTV3 Dan @AzminAli - Siapa Yang Rancang?


Hari ini kita disajikan dengan cerita-cerita kekecohan pemilihan PKR yang terlalu teruk nampaknya. Dah 3 kali pemilihan, bukannya bertambah baik tapi bertambah teruk. Baing kerusi dan pukul pengira undi dah macam wajib pula bagi mereka. Apa cerita?

Anwar Ibrahim 


Anwar pada mulanya memuji pihak JPP Parti Keadilan Rakyat yang kononnya telus dengan kes di Santubong. Tetapi apabila di Selangor dan Wilayah Persekutuan buat pemilihan lagi macam masalah berlaku.

Anwar cuba menunjukkan yang PKR mengamalkan demokrasi namun bila keadaan sudah tidak lagi terkawal, secara tiba-tiba dia tuduh semua ini dirancang oleh orang bukan ahli PKR. Adeh! Uncle u tolong sedar yang parti isteri u tubuhkan sama rosak macam u.

Anwar kini menyeru orang-orangnya fokus pada Reformasi kerana tidak mahu rakyat lihat betapa bodohnya ahli-ahli PKR yang terbukti terlalu gila mengejar jawatan. Anwar sebut pasal Chai, dia lupa ke masa dia Lawan Tan Sri Ghaffar Baba, dia yang mulakan politik wang dan Chai? 

Pukul Pakai Kerusi - Pemilihan Kuala Langat 


Kuala Langat yang mana BN kalah di keempat-empat kerusi, kononnya rakyat lebih percaya dengan PKR dan PAS. Malangnya hari ini pilihan segelintir orang Kuala Langat menyaksikan bagaimana pemilihan PKR berlaku dengan dahsyatnya.

Dahulu Ketua Cabang PKR Kuala Langat tidak diambil sebagai calon tetapi diberi kepada Dollah Sani untuk penggal yang kedua. Baru-baru ini Dollah Sani menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang dan dicabar oleh 3 orang lagi.

2 daripada calon tersebut iaitu penyandang Kevin Chong serta bekas Ketua Cabang 2004, Norazmi telah menarik diri pada saat-saat akhir dan bersepakat untuk menyokong calon yang bernama Radha. 

Mengikut sumber daripada orang PAS Kuala Langat, bila waktu pengundian hampir tamat, calon daripada kumpulan Azmin iaitu Dollah Sani telah mengarahkan sekumpulan 'askar upahan' belaannya menyerbu dewan. Mereka juga diarahkan untuk membuat onar dengan menterbalikkan meja, teraburkan kertas undi serta pukul orang yang dikenalpasti kumpulan lawan.


Seorang lelaki bernama Jagathisan telah cedera dalam serbuan ala samseng kampung telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Semua ini berlaku apabila Radha dilihat telah meriah undi yang lebih tinggi berbanding Dollah. Terbaik kan?

PKR Cabang PJS - Kertas Undi Lebih?


PJS punya masalah kelakar jugak. Mereka yang selama ini mempersoalkan undian dua kali sehingga mendesak pihak SPR menggunakan Dakwat Kekal, tidak pula diamalkan dalam pemilihan mereka yang mana terdapat beberapa individu mengundi dua kali. 

Difahamkan ada orang perasa dua tiga orang mengundi banyak kali, maka berlaku kekecohan. Tuduh menuduh antara satu sama lain. Semua orang nak menang dan buat apa sahaja untuk menang. Kelakar pula rasanya. Mereka tuduh BN dan UMNO seleweng tapi sebenarnya mereka yang buat perangai begitu.

Yelah! Dulu agi Keris dah cakap. Orang yang buat biasanya tuduh orang lain buat. Kentut lepas tu tanya orang lain. Haha!

K7L : Ada sambungan lagi..sabar ya..

1 ulasan:

  1. pkr sepatutnya guna sistem kuno calit dakwat kekal cuma harus di permodenkan sistem tu, calit pada lubang jubur dan bagi anwar check satu persatu..comfirm proses undian lebih telus

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk