24/05/2014

Kerana UNDI - Melayu Diperbodoh DAP Untuk Tunduk Pada Daging Babi?



Sedih! Hampir menitis airmata bila melihat demi meraih undi, Dyana Sofea dibawa ke Pasar yang menjual babi. Ini membuktikan DAP berjaya 'mengotorkan' jiwa Dyana Sofea sehingga terlupa babi itu jijik dan haram.

Maruah melayu Dyana kini sedang dihenyak dan diinjak oleh DAP. Bersalaman dengan penjual babi. Nanti hukum kata 'kering' boleh pegang akan diutarakan. Kalau dahulu nak lalu tempat ada babi pun berfikir panjang. 

Ini siap raih undi dan bermesra dengan penjual babi di pasar yang bergantungan daging-daging babi. Sedarkah kamu sedang diinjak DAP? DAP sedang buktikan mereka mampu mengawal Melayu hanya dengan imbuhan dan jawatan. Parti multi racial yang hanya ada melayu 2 orang dalam struktur?


Mana menikusnya Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS? Mana Suhaizan Kaiat yang cakap berdegor sangat? Apa hukum bagi perbuatan Dyana yang meraih undi di pasar babi? Harus? Haram? Wajib?

K7L : Hukum Allah tak ikut zaman..hukum tetap hukum..

3 ulasan:

  1. Pintu hati dah tertutup untuk hudud agaknya.

    ReplyDelete
  2. Dgn keadaan calun DAP, Dyana yg nampaknya tidak boleh menang dlm PRK di Teluk Intan sebab orang Melayu Teluk Intan tidak akan menyokong DAP yg menolak Hudud. Orang Cina Teluk Intan yg lebih bijak dpd orang Cina di Penang akan menyokong Mah kerana beliau adalah orang tempatan dan sangat faham akan keperluan Teluk Intan. Lagi pun Mah akan diberi jawatan Menteri yg sudah tentu akan dapat menolong kaum Cina di Teluk Intan. Lihat saja apa Lim Kit Siang boleh buat utk orang Cina di Gelang Patah? Mematahkan gelang bolehlah. Kawasan terbiar.
    Cuma orang India di Teluk Intan yg perlukan perhatian DAP utk mendapatkan sokongan mereka dlm PRK ini. Spt yg kita semua maklum, DAP adalah sangat terkenal sebagai sebuah parti yg suka “melempar batu dan menyorok tangan”. Oleh itu RSN Rayer, seorang ADUN India dari DAP telah ditugaskan utk “mencelaka” UMNO supaya orang Melayu akan bertindak spt yg dijangkakan oleh DAP. DAP mahu menaikkan kemarahan orang India yg akan terasa marah apabila Rayer dikutuk oleh UMNO. Dgn itu, orang India akan diharapkan utk mengundi DAP. Tetapi orang India di Teluk Intan tidaklah bodoh spt yg disangkakan oleh DAP. Macam mana orang India boleh lupa kes Kg Buah Pala? Macam mana orang India boleh lupa apabila rata2 ahli DAP yg terdiri dari kaum India telah dinafikan hak utk mengundi di Pemilihan Parti DAP? Orang Melayu mungkin mudah lupa! Tetapi orang India tidak mudah lupa.
    Kerana DAP dah banyak kali mengulangi trick ini, maka rakyat yg bijak sudah Nampak muslihat DAP. Nampaknya niat jahat DAP tidak akan menjadi kali ini. Sorrylah Guan Eng.

    ReplyDelete
  3. Masuk kandang anjing, wuuo, wuuo!
    Masuk kandang babi, oink,oink,oink !

    Betapa anak melayu telah di matikan hati nya ! Berjaya lah musuh Allah SWT kerana munafik-munafik (pas) melayu berkeliaran di sekeliling LKS, Raja Baru takhta bekas Karpal Singh - Singh is King !



    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk