Inilah jadinya kalau sebuah badan atau organisasi tidak faham apa tujuan mereka ditubuhkan. LUAS ditubuhkan untuk mengkaji dan memantau paras air serta kecukupan sumber air mentah untuk diproses selain memantau sistem pengurusan pemprosesan air.
Kalau lihat kini tugas LUAS amat besar namun masalah air tetap juga berlaku. Keris melihat LUAS seperti dijadikan bahan boneka untuk menipu dan mengelirukan rakyat Selangor berkenaan isu air. LUAS ada mengeluarkan kenyataan yang sangat menjilat Khalid.
Mereka kata jika ada usaha bagi menyimpan 40% sahaja daripada jumlah air larian permukaan negeri Selangor, sumber air mentah akan cukup sampai tahun 2030. Kenyataan ini dikeluarkan selepas rakyat Selangor dah mula bimbang apa akan terjadi jika kemarau yang dijangka berlaku pada lewat tahun 2014 nanti.
Dah huru-hara rakyat Subang, Cheras dan Pandan yang mengeluh pasal air tak ada, LUAS terus keluar kenyataan macamtu supaya dapat tutup kesilapan bodoh kerajaan negeri. Nak cover balik selepas Datuk Ong Tee Keat belasah kerajaan negeri. Maka mereka kata air cukup walhal kalau benar cukup masakan air boleh terganggu di kawasan-kawasan terbabit?
Ada sesuatu yang disembunyikan iaitu mampu atau atau tidak empangan-empangan tersebut meningkatkan pengeluaran air dengan loji rawatan air sedia ada? Contoh air kat rumah cukup untuk Ahmad, Sasha dan anak mereka Zam. Setahun kemudian Sasha melahirkan kembar sekaligus menjadikan keluarga mereka dari tiga orang kepada lima orang. Ini baru satu rumah belum rumah-rumah yang lain lagi.
Kalau benar air mentah cukup tapi mampu tak untuk hasilkan air terawat mengikut permintaan rakyat dan industri di Selangor? Konon LUAS nak bag itahu yang air empangan cukup, semua orang tahu sampai melimpah bagai, tapi kenapa tak cerita pasal air terawat? Masalahnya sekarang cukup untuk hasilkan air terawat sehingga tiada gangguan bekalan air untuk diagihkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya?
Bukan semua air mentah boleh dirawat. Rakyat Selangor guna air terawat, bukan air mentah, tak faham-faham lagi ke?
Ong Tee Keat menjelaskan tentang perbezaan air terawat dan air mentah.
Kenapa Keris kata kenyataan tersebut tak masuk akal? Tolong bagi tahu cara macamana mereka nak pastikan semua air-air merata ceruk tu nak sampai kepada loji-loji rawatan air sedia ada? Ke Khalid nak letak Tekonologi Membran kat setiap sumber air mentah yang dicakap?
Mana nak cari batang-batang paip untuk diagihkan kepada rakyat? SYABAS pun mereka tak luluskan untuk ganti paip inikan nak tambah paip lagi? Ke ini agenda untuk jadikan pertabahan paip atau menyediakan lori tangki air supaya kroni mereka dapat buat duit dan gunakan duit rakyat untuk membazir?
Jangan sampai dengar cerita air kencing pun nak ditapis semula. Dah boleh buat Loji Rawatan Air Langat 2 mereka lengahkan malahan sampai sekarang tak luluskan. Pun nak cerita kata air cukup. Ke nak guna air mentah aje kepada rakyat?
Ok! Keris ada satu cadangan untuk Pengarah LUAS yang heboh pasal air mentah cukup. Apa kata kalau dia gunakan air mentah untuk minum, masak untuk keluarga, buat basuh kereta dan buat mandi. Sanggup nak buat camtu?
Ironinya Khalid selalu hina pegawai kerajaan kata mereka tak reti buat kerja, sekarang bila LUAS keluar kenyataan yang melambung Khalid, terus jadi agensi terbaik? Woi! Air dah ada masalah dah pun masih nak nafikan lagi?
K7L : Galak Khalid puji LUAS lepas ni ya?...
0 ulasan:
Post a Comment