19/12/2012

Udang Pelik Dua Warna Ditemui - Boleh Makan Tak?



BOSTON – Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS).

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.

Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.

“Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam,” kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.

Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.

Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.

Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.

“Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang,” ujar pihak akuarium berkenaan.

Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. – Agensi


K7L : Ini kalau jual mesti mahal..tapi ada ke orang nak makan?..

2 ulasan:

  1. mesti makan punya bro, sedangkan di Jepun, b***h pun boleh buat duit dan orang makan. siap tempah lagi tuh.

    kalau udang tuh terdapat kat Malaysia boleh juga kita buat buat ibarat yang PAS akan bersatu dengan UMNO, walau pun warnanya diibaratkan saperti fahaman, tetapi tubuhnya tetap satu manakala bangsanya tetap sama. saperti juga udang tuh, warnakanlah dengan apa warna sekali pun, namanya tetap udang.

    ada objection?

    antara_kita

    ReplyDelete
  2. Salam, sy setuju perpaduan, tp PAS xkn mahu sbb mereka angkuh sombong dn jauh dr perjuangan Islam. lgpun PAS sudah xkesah soal Aqidah.. jnji Putrajaya.. jd bahaya juga buat UMNO jika bersatu dgn PAS yg rosak dan sesat itu..

    skdr pdngan..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk