20/12/2012

Dua Orang Melayu Yang Perlu 'Serah Nyawa' Untuk Jawatan DAP?



Melihat kepada situasi semua calon Melayu tidak diberi mandat melalui undi oleh perwakilan DAP, memberitahu masyarakat Melayu di Malaysia bahawa DAP tidak akan mengundi calon Melayu biarpun dalam Pakatan.

Mesej yang cuba disampaikan melalui pemilihan C.E.C itu sebenarnya jelas. Terang-terang DAP sebenarnya hipokrit dalam menyatakan pendirian mereka sebagai 'Multi-Racial Party. Melayu tidak layak dalam kepimpinan DAP? Harap orang Melayu sedar dengan retorik yang dilemparkan DAP.

Memetik kupasan Green Hood :

Melayu ‘Minta Nyawa’

Berbalik kepada isu keahlian DAP berbangsa Melayu, perlantikan senator Ariffin S.M. Omar dan Zairil Khir Johari sebagai anggota tambahan C.E.C. dilihat oleh pemerhati politik sebagai menutup kelemahan parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Prinsip asasnya, 20 anggota C.E.C. yang menang adalah simbol kepercayaan seluruh ahli DAP Malaysia yang dibawa oleh perwakilan mereka.

Manakala 10 keanggotaan tambahan hanyalah kepercayaan 20 anggota C.E.C. yang bersetuju sebulat suara membuat lantikan tambahan bagi membantu 20 anggota sedia ada.

Mengharapkan perlantikan tambahan ibarat ‘meminta nyawa’ dan dalam konteks ini, perlantikan Ariffin dan Zairil adalah simbol Melayu yang ‘meminta nyawa’ dalam parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Selain isu perkauman, wakil DAP bagi negeri Sabah dan Sarawak yang disebut-sebut mula berubah dengan menerima DAP turut gagal mendapat tempat di hati perwakilan DAP.

Baca juga kupasan lain beliau di [SINI]

K7L : DAP Rasis!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk