KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.
Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.
Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.
“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.
Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.
“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.
Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.
Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.
Rasanya Rais Yatim dah setuju beri slot 1 jam dalam RTM kepada Hadi Awang untuk beri penjelasan 'Amanat Hadi Awang'. Tapi sebab dia nak lengahkan masa dan berdolak dalih, dia nak di TV3 pula.
Sekarang dia bersedia untuk tipu rakyat Malaysia lagi?
K7L : Dah berapa lama dia sesatkan ahli PAS?..
bagus jugak tuh kalau dijemput mufti mufti dari negeri negeri lain atau pun para ilmuan agama. saya sarankan supaya penentuan panel ini dilakukan oleh ILMU kerana mereka mereka disana lebih arif dan dapat menilai sesiapa yang benar benar boleh berbicara. jangan pulak Rais yang menentukan kerana persoalan sedemikian bukanlah bidang beliau.
ReplyDeleteانتارا_كيت
setuju.. gabungkan sekali dgn mufti2 dan org2 yg arif tentang agama.. sama2 ada soal jawap, penerangan, ulasan dan pandangan dari pakar2 agama
ReplyDeletejika dibiarkan dia seorg je bercakap, alamatnya dia akan merapu sorang2, habis nanti satu dunia plak dikafirkan
Buang masa berdialog dengan orang macam ni yang sesat lagi menyesatkan.Kalau nak buat juga,lakukan dalam bahasa Arab.Kita tengok berapa mahir pemimpin Isle ni berhujah dalam bahasa syurga.
ReplyDelete