Berita mengenai perhimpunan yang akan digerakkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim pada tarikh perbicaraannya, 9hb Januari 2011 semakin heboh diperkatakan baik daripada pemimpin atasan mahupun rakyat biasa. Keris menemuramah beberapa individu bagi menyatakan pendapat peribadi mereka sebagai seorang rakyat Malaysia terhadap gerakan mobilisasi 901 tersebut. Apa kata mereka? :
Aizley Dato' Malek, Kuala Lumpur, Rakyat Malaysia :
"Pada pendapat saya, demonstrasi seperti gerakan mobilisasi 901 ini adalah satu perhimpunan yang misinya hanya untuk kepentingan peribadi satu orang. Sesiapa yang menyertai perhimpunan tersebut sebenarnya mereka datang daripada golongan yang tidak mahu berfikir panjang. Kita seharusnya percaya kepada sistem perundangan negara ini yang mana masih lagi kekal adil dan saksama jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara luar.
Jika demonstrasi 901 ini berjaya dilaksanakan, saya sebagai rakyat Malaysia mahukan pihak berkuasa terutama sekali pihak PDRM supaya mengambil lapa sahaja tindakan asalkan ia mampu mematahkan usaha-usah mereka yangmengancam ketenteraman dan keamanan kita semua."
Sarah Mohd Adnan, Selangor, Rakyat Malaysia :
“Saya amat terkejut dengan berita yang sedang meluas tentang demonstrasi yang akan dilakukan pada 9 Januari nanti. Saya merasakan tindakan mereka berdemonstrasi adalah tidak wajar kerana ia tidak langsung melambang sikap rakyat Malaysia yang prihatin. Sudah tentu jalanraya akan menjadi sesak, para peniaga tidak dapat mencari rezeki dan menyusahkan urusan orang ramai. Harus berfikir tentang kesan sewaktu ia berlaku terhadap orang ramai. Harus berfikir tentang orang lain juga. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang benci kepada provokasi dan rusuhan, saya menolak sebarang demonstrasi yang dilakukan di Malaysia tidak kira siapa pun yang melakukannya "
Azizi Ahmad, Pahang, Rakyat Malaysia :
"Amat tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut. Terdapat tiga sebab utama mengapa saya menolak perhimpunan itu sekeras-kerasnya. Pertama, perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu ketenteraman awan, malah akan menidakkan hak orang ramai sebagai rakyat yang menetap didalam Malaysia. Mereka tidak sedar perbuatan mereka akan menimbulkan kebimbangan serta merasa tidak selesa dan tidak selamat.
Kedua, saya percaya bahawa perhimpunan itu mungkin akan mendatangkan rasa kurang percaya para pelancong asing kepada negara ini, seterusnya akan menggugat ekonomi negara terutamanya daripada segi industri pelancongan yang saya kira selama tekah berjaya memberi satu impak besar didalam pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu saya berpendapat, perhimpunan yang ingin mereka lakukan juga berupaya merencatkan pelaburan asing kedalam negara kerana sudah tentu persepsi mereka terhadap kedamaian dan keselamatan negara menjadi negatif. Sebab yang ketiga iaitu yang terakhir, dimanakah letaknya keistimewaan Anwar Ibrahim itu sehingga ada yang berpanas berhujan semata-mata ingin mempertikakan keputusan mahkamah. Malaysia ini negara yang berdaulat dengan undang-undang, jika kamu melanggarnya bermakna kamu mencabuli hak kamu sebagai seorang rakyat Malaysia. Semua orang kena ingat, ada sebab mengapa Allah tidak izinkan dia menjadi Perdana Menteri dulu. Pesanan saya kepada penyokong beliau, anda semua harus ini semua kerja Allah S.W.T. Jangan turun berhimpun kerana ia haram, apabila ianya haram maka ia turut mengundang dosa."
#901
SALAH
TETAP SALAH
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Rakyat Malaysia menolak demonstrasi..kami mahu negara kami aman..
0 ulasan:
Post a Comment