16/01/2012

Visit Perak 2012 - Blogger Kulaan Niring Bongkak Dengan Perak?




Kulaan Niring yang merupakan blogger berasal daripada Perak kini sibuk mempromosikan Visit Perak 2012, Keris sebagai rakan menyokong penuh niat beliau dan Keris ambil tulisannya untuk bacaan pembaca :

Tahun 2012 merupakan tahun yang menarik perhatian Kulaan yang merupakan anak kelahiran Perak. Tahun 2012 diiktiraf sebagai "Tahun Melawat Perak 2012" bermula hari ini. Promosi pelancongan ini dirasmikankan oleh MB Perak, Datuk Seri Zambry Kadir sambil diiringi oleh Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 di Ipoh, Perak.

Kulaan berasa amat bangga kerana tahun ini berduyun-duyun pelancong dan rakyat Malaysia akan datang melawat tempat-tempat menarik dalam negeri Perak. Kulaan akan bawakan secara selang-seli atau selit-menyelit dalam blog Kulaan cerita-cerita menarik dan tempat-tempat yang boleh pembaca blog Kulaan ziarahi dan melawat dalam negeri Perak.

Apa pun tahniah kepada Perak sebagai destinasi pelancongan bagi tahun 2012 ini. Tahniah juga buat MB Perak dan Kerajaan Negeri Perak atas inisiatif yang baik ini. Pertumbuhan ekonomi Perak dan rakyat Perak dapat dinaikkan dan dipertingkatkan dengan perkembangan industri pelancongan di negeri Perak.


Benar juga jika kita tidak bangga dengan asal-usul kita maka kita tidak akan berjaya. Cerita pasal Perak, teringat percutian Keris bersama rakan-rakan termasuklah Kulaan Niring di Pulau Pangkor. Sangat selesa dan menghiburkan.

K7L : Terbaik bro! Jangan lupa bercuti di Perak!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk