09/01/2012

#bebasAnwar901 - Apa Kata Saiful Bukhari Dan Ezam Mohd Noor? #Justice4Saiful

-Saiful Bukhari Azlan-

"Tidak didunia, namun di Masyar pasti. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi." 
-Ezam Mohd Noor-

"Saya hormati keputusan mahkamah hari ini, tetapi keputusan itu sedikit pun tidak menjejaskan kepercayaan saya selama ini bahawa Anwar tidak boleh diangkat sebagai pemimpin kerana lakukan aktiviti liwat. 

Kepercayaan saya bersandar keputusan mahkamah persekutuan 2004 yang dengan jelas menyebut aktiviti itu dilakukan Anwar dan keputusan hari ini pun tidak menyatakan aktiviti liwat tidak berlaku. Justeru saya akan terus berjuang untuk pastikan seorang peliwat dan rosak akhlak (merujuk kes video pelacur dan lain-lain) tidak diangkat sebagai pemimpin di negara ini berdasarkan prinsip dan sumpah saya sebagai seorang Islam."



Ada yang berkata kepada Keris, biarkan dia menang di mahkamah serta mendabiklah dada para penyokongnya, namun ini bukan satu petanda bahawa mereka mampu menawan Putrajaya. Ini jelas menunjukkan bahawa "Indipendence Of Judiciary" dan "Separation Of Powers" sudah terbukti ketelusannya. Keris juga merasakan pasti ada hikmah yang berlaku mengapa DSAI menang kes tersebut.  

Keris tidak khuatir kerana Allah maha adil dan yang hak pasti mengatasi yang bathil cuma masa yang menentukan segalanya dengan Izin Allah S.W.T. Kes tersebut hanyalah kes peribadi diantara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan. Cuma pihak mereka yang mengheret 'kepartian' didalam jurisdiksi yang berlaku sepanjang perbicaraan.

Apapun Keris melihat 'crowd' yang datang menyokong Anwar bukan melambangkan suara sebenar rakyat Malaysia yang penduduknya lebih kurang 27 juta kerana mereka yang hadir tadi tidak lebih daripada 10 000 ribu orang.

K7L : Nanti dengar apa McTheory (KedahKeKL) dan rakan Keris yang lain beri pandangan.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk