10/01/2012

Dr MiM Cakap Apa Pasal Keputusan Kes Liwat Anwar?


'Anwar Ibrahim dibebaskan'.

1. Satu keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah yang memeranjatkan ramai pihak. Tetapi persoalannya sekarang ialah what is next?

2. Penyokong-penyokong Anwar yang hadir di Bangunan Mahkamah, Jalan Duta menyambut keputusan dengan kegembiraan tetapi di dalam masa yang sama seperti ada yang tidak kena.

3. Ada di antara kita terutamanya penyokong-penyokong parti pembangkang telah ditanam dengan perasaan membenci serta tidak mempercayai lagi sistem kehakiman negara.

4. Setiap pemimpin pembangkang menyuarakan perkara yang sama. No fair justice in BN ruling party.

5. Sistem kehakiman negara dilabel seburuk-buruknya sebagai tali barut BN, UMNO atau pun dibawah telunjuk Najib Razak.

6. Dimana sahaja Anwar Ibrahim berada sama ada di dalam mahu pun luar negeri, beliau akan menuduh sistem kehakiman negara adalah yang paling teruk dimanipulasikan oleh kerajaan pemerintah UMNO.

7. Sama ada anda tergolong di dalam pihak yang percaya 'sistem kehakiman yang teruk serta tali barut UMNO' atau pun percaya Anwar Ibrahim meliwat, kedua-duanya amat yakin Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat Shaiful Bukhari.

8. Begitu juga dengan kenyataan Anwar Ibrahim selama ini yang mengatakan bahawa kes liwat Shaiful Bukhari adalah konspirasi UMNO dan Najib Razak.

9. Dari hari pertama sehingga di malam sebelum 9hb Januari, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin bahawa kes liwat tersebut diada-adakan atau pun ulang tayang kes liwat yang pertama. Pokoknya, UMNO yang kononnya bersalah!

10. Tetapi sekarang, semua mata terbuka dan sedar bahawa 'sistem kehakiman dibawah telunjuk Najib Razak' dan 'kes liwat adalah konspirasi UMNO Najib Razak' merupakan pembohongan dan fitnah Anwar Ibrahim belaka!

11. Selama 3 tahun ini Anwar Ibrahim telah menipu rakyat termasuk penyokong-penyokongnya sendiri supaya mempercayai bahawa kes liwat beliau tidak akan diadili dengan saksama dan Saiful Bukhari adalah boneka UMNO.

12. Tetapi ternyata Anwar Ibrahim berbohong dan menabur fitnah selama ini.

13. Dan kita perlu ingat bahawa Anwar Ibrahim dibebaskan kerana kesilapan teknikal (technical fault) yang argumentable beyond any reaonsable doubts. Kita tunggu laporan verdict keseluruhan kes liwat tersebut.


K7L : Selak sikit-sikit dulu..tunggu laporan verdict!

1 ulasan:

  1. hidup di dalam fitnah dah lumrah kita sekarang..
    semuanya mengejar kpd fitrah kehidupan,gelap mata sehingga agama menjadi galang ganti..
    sedarlah,yang banyak berkokok ni sebenarnya takut dan lemah dan yang diam itu bukan senang nk dibuli..
    Nauzubillah..
    saya x sokong sapa2 tp kesal dan sedih apabila semua dah jadi Bangau Oh Bangau..
    fikirkan lah...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk