Baca juga pendapat mereka yang lain di SINI dan SINI
Keris berpeluang menemuramah beberapa individu mengenai demonstrasi anti-AUKU yang diadakan di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang bertindak agresif sehingga polis terpaksa menahan sebahagian daripada mereka. Ini sudut pandang mereka baik sebagai seorang pemimpin, rakyat mahupun mahasiswa.
Mari dengar apa pendapat mereka :
Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak
"Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, mereka sewajarnya mempunyai jatidiri tersendiri, apatah lagi mahasiswa UPSI yang dilatih untuk menjadi pendidik anak bangsa. Seharusnya mahasiswa tidak membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pemimpin politik tertentu. Saya dapat melihat dan menilai bahawa perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim jelas mempunyai agenda tertentu. Ia seolah-olah hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.
Percaya atau tidak, saya yakin ada pihak yang akan cuba menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan daripada kejadian itu dimana mereka ingin meraih simpati orang ramai supaya menyokong mereka. Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa diseluruh negara perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan agar tidak dijadikan alat kepada kumpulan yang berkepentingan seperti Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim. Kepada semua penuntut Institut Pengajian Tinggi, saya sarankan berfikirlah dahulu sebelum bertindak, kaji semula mana yang baik dan mana yang buruk, janganlah beri ruang kepada pihak luar yang akan mengambil kesempatan diatas keterbukaan kerajaan dan Perdana Menteri kita. Jangan palitkan diri anda semua dengan emosi dan ideologi politik luar yang memberi kesan negatif kepada Malaysia kerana mahasiswa merupakan nadi pemacu kemajuan negara"
Syed Al-Taufiq, Pekerja Swasta
"Saya melihat demonstrasi ini bagaikan sudah sebati didalam diri mereka yang terlibat didalam Demo #UPSI malam semalam (1 Januari 2012). Sedih kerana mereka menjadikan demo itu bagaikan satu kebiasaan sepertimana umum tahu hanya negara jiran yang popular dengan perarakan jalanan. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya memohon agar tiada lagi sebarang perarakan jalanan kerana ia menyusahkan banyak pihak. Tidak tahu dimana untungnya mereka berbuat begitu walhal banyak lagi cara lain untuk menyampaikan apa yang mereka bukukan dalam hati. Tepuk dada dan tanya hati, apakah nawaitu sebenar kamu semua apabila melangkah masuk untuk belajar di universiti. Hargailah peluang menjadi mahasiswa itu dengan belajar bersungguh-sungguh kerana bukan semua orang berpeluang belajar di universiti lebih-lebih lagi ditanggung oleh kerajaan. Berfikirlah secara positif dan elakkan sebarang dakyah negatif memasuki kepala anda."
Muhammad Aimi, Jurusan Kejuruteraan Rekabentuk Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
"Wajarkah berdemonstrasi sendiri hanya kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin sekarang? Wajarkah berdemonstrasi hanya kerana permintaan individu tidak ditunaikan? Wajarkah berdemonstrasi hanya kerana kefahaman politik yang berbeza?. Wajarkah berdemonstrasi hanya kerana tidak sependapat?. Itu yang bermain difikiran saya saat mengetahui perbuatan mereka tempohari. Tidak ada satu pun masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik melainkan isu tanah Palestin.
Hairan dengan sikap sesetengah masyarakat dan mahasiswa khususnya yang sibuk bertelagah dan berdemonstrasi. Tidak bolehkah kita semua bersatu hati sebagaimana kita menyokong pasukan Harimau Malaysia? Saya tidak mahu Malaysia menjadi tidak aman sebagaimana yang sedang berlaku di Syria dan Mesir yang tidak pernah berhenti dengan masalah sejak kepimpinan lama dijatuhkan melalui perarakan jalanan. Saya mengutuk tindakan mereka berdemonstrasi dan berharap tiada lagi sebarang perarakan jalanan baik daripada penyokong pembangkang mahupun kerajaan. Saya mahu negara kita kekal aman dan damai kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan berupaya menimba ilmu disini tanpa sebarang peluru sesat ditembak. Syukur Alhamdulillah."
Amira Ismail, Diploma Sains Komputer, Universiti Teknologi Mara Perak kampus Seri Iskandar
"Kebanyakkan daripada mahasiswa di Malaysia kini sedang menghadapi peperiksaan tetapi saya tertanya-tanya mengapa wujud sebilangan kecil suara minoriti yang rancak mahu mencetuskan "revolusi"? Bukankah ini masanya untuk menelaah kembali nota-nota lama dan bersedia menghadapi peperiksaan. Tidak kena masanya untuk bertempik, menjerit minta kebebasan yang tidak berasas. Tolong lihat sekeliling anda, dimana majoriti tidak mahu sebarang kekacauan. Majoriti tidak mahu menjadi kuda tunggangan tetapi entah mengapa mereka dengan bangga mengatakan tindakan mereka merupakan SUARA MAHASISWA.
Buat pengetahuan semua, saya dan rakan-rakan tidak menyokong tindakan radikal mereka! Ya, sebahagian daripada tuntutan dalam memorandum yang diserahkan dahulu ada benarnya juga namun sikap mereka berdemonstrasi dan agresif yang kita boleh gelarkan lagaknya seperti orang gasar ini memang tidak patut dicontohi. Saya mahukan keamanan kampus dan jangan heret kami dalam perjuangan kurang sihat anda semua."
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Cukuplah kot..kang kumpul satu Malaysia kang..menangis depa nanti..
0 ulasan:
Post a Comment