11/01/2012

Muslimat PAS Naik Syeikh Nyanyi Sambil Mencarut?





Ini kiriman emel seorang rakan kepada Keris yang mahukan ia ditulis bersama video diatas. Rasanya beliau ambil artikel ini dari mana-mana. Mari kita dengar apa beliau sampaikan kepada Keris mengenai hukum suara sebagai aurat wanita :

Assalamualaikum Wbt,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yag mengatakan tidak. Masing-masing membawa hujah yang tersendiri. Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat, ada yang menggunakan hadith yang maksud sebenarnya lain. Seperti ;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan untuk mengizinkan wanita menyanyi. Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka. Begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh. Wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dari artikel-artikel dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;

Ianya tidak aurat, namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;

Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki yang ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun kalau ikutkan zaman sekarang, golongan Wanita sudah ramai yang berkerjaya dan terlibat dengan persatuan-persatuan sosial dan kemasyarakatan mahupun parti politik. Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan. Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;

1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat, dan para sahabat mempelajari hukum-hukum agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yang menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yang dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yang digariskan.Suara Wanita yang bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi tiada hal yang mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.

"Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)

K7L : Terpekik terlolong macamtu apa hukumnya?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk