31/01/2012

PAS Bertanding Di Sarawak - Kerusi Yang Pasti Kalah



KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. "Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily. Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah. Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding. Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit. Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman. 
-Harakah-



Keris melihat tindakan mereka ini menunjukkan mereka didalam keadaan terdesak dalam perebutan kerusi. Sehinggakan kawasan-kawasan yang memang susah untuk mereka menang pun mereka akan meletakkan calon. Mahu 'test market'? 

Keris yakin mereka akan menggunakan pencalonan itu sebagai modal dalam ceramah. Contohnya," Kita sudah tembus Sarawak", "PAS sudah keseberang untuk berjuang!", dan sebagainya akan berkumandang kelak. Jangan tertipu kerana mereka sudah tidak punya kerusi lain untuk bertanding atas sebab kawasan yang mampu dimenangi semuanya telah direbut oleh PKR dan DAP.

Keris cuma beri pandangan supaya pembaca dapat tahu niat sebenar mengapa mereka ingin bertanding di Sarawak dan kerusi-kerusi tersebut yang memang mereka tidak akan menang. Mengapa tidak bertanding di kawasan orang-orang cina? Jangan terkejut jika menjelang PRU13 nanti PAS akan meletakkan calon berbangsa Cina sepertimana DAP mula meletakkan calon-calon melayu untuk bertanding.

K7L : PAS semakin terdesak dan jelas telah lari daripada perjuangan asal..patutnya mereka ini bebas daripada Pakatan..



0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk