Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur Sara 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
Permohonan untuk Sara 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.
Skim berkenaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Sara 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.
Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – BERNAMA
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isi rumah.Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman 5,000 ringgit dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Pada akhir tempoh lima tahun, pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik.Skim ini akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama institusi kewangan terpilih mulai Januari 2012.
K7L : Ini sudah bagus..ramai yang boleh melabur secara teratur selepas ini..
0 ulasan:
Post a Comment