18/01/2012

Harakhadaily.net 'Tipu' Pembaca Pasal 102 Ahli PAS Masuk UMNO?


Seakan sudah dijangka pasti akan keluar satu kenyataan penafian penyertaan ahli PAS Cawangan Kerdas 2 seramai 102 orang menyerahkan borang UMNO kepada Tuan Haji Rahim Kamarudin. Sudahlah salah daripada segi maklumat yang diterima mereka kerana sebenarnya ahli PAS yang menyertai UMNO Gombak adalah seramai 200 orang namun ketika malam itu borang yang sempat diserahkan hanya berjumlah 102 keping, bermakna seramai 102 orang bukan 101 orang seperti yang dinyatakan oleh harakahdaily.




Keris, GreenHood, Mr Cinderella dan beberapa rakan lain ada ketika borang-borang tersebut diserahkan. Sempat juga kami menemuramah beberapa wakil yang kini bergelar bekas ahli PAS Cawangan Kerdas 2 berkenaan mengapa mereka meninggalkan PAS [Klik Sini]. Ternyata mereka memang kecewa serta merasakan PAS kini tidak lagi relevan dalam perjuangan. Anda semua boleh baca laporan penuh yang ditulis oleh GreenHood [Klik Sini].

PAS Gombak sebenarnya semakin lumpuh kerana mereka yang menyertai UMNO ini merupakan jentera-jentera PAS yang kuat sebab itu timbul penafian di laman sesawang. Jika mereka ini ahli biasa sudah tentu tidak akan mendapat perhatian sebegitu meluas. Jadi kepada sesiapa yang menafikan perkara tersebut boleh kita gambarkan mereka sedang takut dan goyah kerana khabar berita semakin ramai ahli PAS keluar parti sedang bertiup disana-sini. Mereka semakin tertekan!

K7L : Dengar cerita semua PAS bahagian tengah riki siapa lagi yang nak keluar parti..betul ke?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk