Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.
Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.
Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.
"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU. -NegaraKita.com-
Selepas kenyataan diatas dikeluarkan, Ustaz Azizan dilihat telah dikecam teruk oleh para beberapa individu Anti-AUKU dan hari ini ketika Wacana Sinar Harian, Aziz Bari telah berkata Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Azizan Razak kerana menyokong AUKU. Lihat video di bawah :
Setelah meneliti beberapa blog pro-pembangkang, Keris ingin kongsikan pendapat Mohd Sayuti Omar yang juga seorang kolumnis didalam HarakahDaily.net. :
Justeru mahasiswa, blogger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tutup mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.
Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.
Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis.
[wm.kl.7:14 pm 26/01/12]
Seperti yang ditulis oleh MSO terhadap Aziz Bari yang baru 'masuk' ke dalam politik Pakatan, Keris melihat dia sudah mula menunjukkan belangnya walhal dia bukanlah berada di dalam kepimpinan tertinggi Pakatan.
Desas-desus mengatakan Aziz Bari akan menjadi calon PKR pada PRU13 akan datang mungkin kerana itulah dia mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan seakan 'riak'.
Persoalannya sekarang, siapa yang bercakap pada landasan yang betul? Aziz Bari atau Azizan Razak? Mengapa pendapat mereka didalam Pakatan tidak seia? Adakah Azizan Razak juga bakal dipecat kepimpinan PAS?
Baca juga di blog Double-Y
K7L : Siapa kata Pakatan itu parti gabungan sempurna?..berbalah tak habis-habis adalah..
AZIZ BARI LEBIH SUDU DARI KUAH....
ReplyDelete