12/01/2012

Ustaz Azhar Idrus Kena Minta Maaf Sebab Mulut 'Capoi'?

-Ustaz Azhar Idrus Bukan Rasul atau Nabi - Perlu Mohon Maaf Jika Tersalah Bukti-


Berikut komen ILMU :

Bismillah, Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:

Minit 3:43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”

Minit 4:13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”

[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.

[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Minit 4:30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”

[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24:15)

Wallahu a’lam...

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

via Ulama Muda UMNO (ILMU)
sumber : Facebook

Panglima dalam hal ini sangat bersetuju tindakan melabelkan Ulama Muda UMNO (ILMU) dengan ganjaran 15k sebulan yang belum dibuktikan dengan fakta, tidak boleh diterima sewenang-wenangnya.

Meskipun ia boleh jadi satu perkataan yang tidak muktamad (sekadar anggaran) namun sebagai tokoh besar Ustaz Azhar Idrus perlu menjelaskan isu perkataannya agar tidak timbul kecacatan kepada ilmu yang diajar oleh beliau tentang agama sebelum ini.
Dalam hal ini Ustaz Azhar Idrus perlu memohon maaf jika ia antara perkara yang tersalah cakap oleh beliau.
Begitu juga jika ia benar wujud, bukti bersesuaian wajar dipamerkan untuk mengelak ILMU dipandang negatif oleh masyarakat.

Tindakan ahli agama seperti ILMU menyertai UMNO sangat tepat kerana tugas ahli agama ialah untuk membawa manusia ke arah jalan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Meskipun ramai Ulama lebih selesai berada antara Kerajaan dan Rakyat agar manusia kedua pihak akan mendapat keadilan dari neraca Al Quran dan Sunnah Junjungan tanpa takut dicabut sebarang jawatan atau kekayaan.

Sambung baca di SINI

Keris juga merasakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak sepatutnya berkata begitu. Teruskan sahaja mengajar agama kerana Keris juga minat mendengar celotehnya berbicara tentang agama namun sayang seribu kali sayang apabila menyerang ILMU sebegitu rupa.


Keris juga terasa dilabel perkara yang sama kerana parti yang diperkatakan itu juga adalah parti yang Keris pertahankan. Bayangkan jika semua ahli UMNO terguris dengan kata-katanya, apa akan terjadi. Dari satu sudut yang lain apa hukumnya mengguris hati sesama Islam?.

K7L : Pandai agama tidak bermakna kamu betul dalam semua perkara..

7 ulasan:

  1. ..ustaq Azhar tu sudah terang seorang penganut PAS..memanglah fael perangai penganut PAS seperti itu kerana mengambil contah tauladan Muryidul Am mereka yg sentiasa betul dan benar dalam setiap perkara dan orang lain yg diluar PAS dan PR adalah tidak betul...

    ReplyDelete
  2. salam,
    pak janggut tu mana tau minta maaf. cakap ikut sedap mulut pasal tu jadi popular. orang ramai dok ingat dia hebat, pasal kalu bercakap, mulut orang yang mendengar terbuka dan melopong. lepas tu pakat gelak ramai-ramai.
    tak tau la pulak sejarah nabi, sahabat, dan alim ulama berdakwah macam ustaz ni. ya la, berdakwah bagi perkara yang menggembirakan. tapi masa berdakwah dok mengutuk orang, tak salah ker ? walaupun orang somalia solat tak betul, kita kena gelak ke ? ustaz tu tak pi betulkan orang somalia tu ke?

    kita banyak terpengaruh dengan ramai orang pi dengar ceramah. dengar ceramah dan berhibur serta nak dengar lawak. mana satu yang orang dok cerita balik? mana satu yang orang sampaikan ? isi ceramah atau lawak jenaka ? kalu ustaz yang suka mengutuk orang ni, kita tak boleh pakai pun. berbeza dengan ustaz abu hassan din. terasa banyak ilmu yang dapat bila dengar ceramah beliau.

    ReplyDelete
  3. Darus tu memang tak berilmu dia hanya tahu bercakap, org yang berilmu selalunya tidak banyak cakap serta menjaga tutur katanya. tak usahlah dilayan mereka seperti itu dan tak usah dengar ceramahnya Allah maha berkuasa didunia ini hanya sementara dosa dengan Allah mudah minta ampun tetapi dosa sesama insan terlalu sukar, darus bukan mengumpat satu orang tetapi ramai mampukah darus berjumpa tiap insan yang diumpat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong 100% sebab dia selalu kata BODOH, orang yang berilmu ak macam tu...tak ada adab sopan, peminat dia ramai sebab ramai yang macam dia

      Delete
  4. UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia (Taghut) yang kafir.

    2. Mereka mengamalkan agama yang kafir, mereka menghalal dan membolehkan amalannya serta mereka menyetujui dan meredhai amalannya itu;

    3. Mereka mengiktiraf bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi undang-undang al-Quran;

    4. Mereka mengakui dan mengiktiraf semua Tuhan, iaitu mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan kita dan mereka juga mengiktiraf Tuhan-tuhan yang lain sebagai Tuhan-tuhan yang sah yang bererti mereka melakukan syirik terhadap Allah;

    5. Mereka mempertahan, memperkasa dan menjadi para pendukung kepada agama demokrasi;

    6. Mereka membuat undang-undang manusia yang kafir;

    7. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

    8. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;

    9. Mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia yang menjadikan mereka sebagai para hamba kepada manusia;

    10. Mereka mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia.

    ReplyDelete
  5. x minat dengar ceramah ustaz azhar tu,, pendapat2 dia kebanyakkanya x boleh aku terima..suke bodoh2 kan org lain..ceramah2 dia byk yg membuatkan org kecil hati(terutamanya perempuan). lebih suke ustaz dr asri

    ReplyDelete
  6. Betul. Saya pun berasa UAI juga kurang sesuai menjadi contoh ikutan kerana bahasa bahasa dan lawaknya yang kasar. Lebih2 lagi pada kalangan orang muda/kanak-kanak. Sudah tentu tidak elok jika mereka asyik mendengar perkataan2 kasar itu setiap hari. Contohilah Habib Ali Zaenal Abidin Pembimbing Majlis Taalim Darul Murtadza.Bercakap dengan lemah lembut dengan gaya dan mukanya mashaallah. :)

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk