30/01/2012

MB Sesuai Jadi Exco Agama - Dr Rani - Isu Pelacuran - Imam Solat Jumaat






MB Selangor sesuai jadi Exco Agama? Jika benar dia layak bolehkah dia selesaikan isu pelacuran yang berleluasa di Selangor? Boleh hapuskan tempat maksiat seperti maklumat di bawah?

Menurut akhbar Kosmo! 
 :

KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.



Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini amat susah bagi dirinya memandangkan dia sendiri 'goyang' dengan ADUN DAP. Baik! Bagaimana pula dengan cabaran supaya Exco Agama Negeri Selangor merangkap MB Selangor untuk menjadi imam Solat Jumaat di Masjid Negeri? Bak kata anak muda sekarang, "Ada Bran Bro?".

K7L : Kalau betul layak..sila sahut cabaran tersebut!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk