Bukan main syok lagi cerita dipihak sebelah sana yang berkata rumahnya harga jutaan ringgit. Siap minta perjelaskan macam Datuk Jamil Khir guna duit mereka. Hadui!. Ini semua cubaan 'pembunuhan karakter' namun sebenarnya gagal!.
Alhamdullilah Allah pertemukan kami dengan beliau maka terjawablah segala persoalan yang terbuku dihati ini dan yang bermain didalam minda pembaca tentang DJK. Bermacam soalan kami tanya dan Datuk Jamil Khir memang sempoi menjawab soalan kami.
Rumah Mewah Saifuddin Nasution?
Datuk Jamil Khir telah menjawab segala isu berkaitan rumahnya. Saifuddin Nasution ada buat macam ini tak?. Datuk Jamil Khir bersedia untuk bersumpah bagi menafikan tuduhan kepada beliau, Saifuddin Nasution berani untuk bersumpah? Cerita pasal orang memang bagus bila kena muka sendiri, terus diam kecut perut!
K7L : Kenapa Saifuddin Nasution 'block' Keris di Twitter? Keris yang biasa-biasa ini pun tidak diberi 'kebebasan suara' dalam Twitter? Dalam Parlimen bukan main lagi hentam Datuk Jamil Khir...
Itulah penjelasan orang yang jujur. Dia tidak menyembunyikan apa-apa. Dia juga tidak membuat bermacam-macam tuduhan kepada orang lain untuk menyembunyikan keburukannya.
ReplyDeleteBila orang buat tuduhan, dia menjelaskan dengan nyata dan terang. Jika tak percaya, pergilah ke rumahnya atau berjumpa pihak ketiga. Jangan tanya dia sendiri untuk mendapat jawapan yang sebenar. Jika terbukti ada unsur penyelewengan, buat laporan polis. Jika sakit hati sangat, gunakan perkhidmatan peguam.
Jangan hanya berselogan "lawan tetap lawan" "kerajaan zalim" "konspirasi" wal hal diri sendiri takut bersumpah, takut bagi DNA, merata-rata menghasut rakyat, membuat fitnah, memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara, memburukkan pemimpin negara dan seribu satu macam lagi.
Juga kepada pembangkang semua, ingat juga perumpamaan "Seperti ayam jantan bodoh sombong, Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"