Perkara: Pakatan Rakyat tawan Negeri Sembilan?
Ruangan: dalam negeri m/s A8
Tarikh: 18 Januari 2012 (Rabu)
Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan Kerajaan Negeri Sembilan
17/01/2012 Kapit, Sarawak - Pemimpin DAP di Parlimen Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rayat berkeyakinan pada PRU akan datang ini dapat tawan kuasa kerajaan Negeri Sembilan, dengan kesempatan itu juga dapat tawan Putrajaya.
Lim Kit Siang juga ahli Parlimen bahagian Ipoh Timur, semasa menghadiri perjumpaan makan malam serta jawatankuasa persediaan untuk sambut tahun baru Cina DAP cawangan Kapit berkata demikian.
Kit Siang berkata, jika Pakatan Rakyat mahu melangkah masuk ke Putrajaya, kita perlu tawan Parlimen Bahagian Kapit terlebih dahulu.
“Selepas PRU 2008, Sabah dan Sarawak asyik menjadi tiket Deposit kerajaan BN, sebaliknya sikap BN terhadap kawasan Sabah dan Sarawak sudah ada perubahan, mereka lebih ambil perhatian, sebelum ini keadaan seperti itu tidak pernah timbul. Pada PRU lepas jika Sabah dan Sarawak tidak membantu BN, perdana menteri Najib sekarang ini mungkin telah bertukar tangan kepada ketua pemimpin pakatan pembangkang.”
Kit Siang berkata, jika DAP dapat menang 2/3 daripada kerusi parllimen di Sabah dan Sarawak, Pakatan Rakyat penuh yakin dapat masuk ke Putrajaya mentadbir kerajaan Pusat.
Jangkaan Kit Siang, buat masa ini keadaan politik sekarang tidak memihak kepada BN, Kit Siang percaya PM tidak berani umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.
Kit Siang berkata, berikutan kes liwat Anwar Ibrahim dijatuhkan tidak bersalah dan Anwar telah dibebaskan, baru-baru ini Parlimen telah umumkan satu sidang parlimen akan diadakan pada 12 Mac hingga 12 April, serta berlakunya isu lembu NFC, dan pelbagai isu menunjukkan jika BN adakan PRU lebih awal, ia akan tidak memihak kepada BN.
K7L : Agak-agak apa komen Menteri Besar Negeri Sembilan?
0 ulasan:
Post a Comment