02/01/2012

Pasca #901 - PR Cemari Kedaulatan Undang-Undang?



DEMONSTRASI jalanan yang dirancang 9 Januari ini sebagai kempen Bebaskan Anwar 901 bakal memberi kesan pelbagai termasuk kepada kedaulatan undang-undang negara.

Jika semua rakyat berpegang kepada kedaulatan undang-undang, apa maknanya lagi untuk sesiapa juga di kalangan kita mahu mempersoalkan.

Kita semua tahu pada tarikh tersebut, mahkamah akan membuat keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Jika undang-undang negara menjadi asas kepada kesaksamaan, terimalah apa juga keputusannya kelak, sebagaimana kita menerima keputusan bagi kes-kes lain.

Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, gunakanlah saluran sedia ada dan sah untuk mencabarnya. Jika tidak, kita mempersendakan sistem perundangan kita sendiri.

Dalam kes ini, soal adil atau tidak, ukurannya bukan tertakluk sama ada Anwar bersalah atau tidak. Pengadu dalam kes terbabit juga berhak menuntut keadilan dan sebab itulah ia ke mahkamah.

Rakyat terbanyak janganlah sekali- kali diajak untuk mengingkari sistem perundangan kita sendiri, hanya untuk ‘mempertahankan’ seseorang. Rakyat bukanlah alat atau perkakasan!

Lagipun, demonstrasi jalanan tidak pernah menguntungkan sesiapa melainkan kepada pihak yang mahukan onar.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Rakyat harus menilai..siapa petualang sebenarnya..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk