Keris sebelum ini ada membaca persoalan demi persoalan yang ditimbulkan oleh rakan blogger Sinis Malaysia [KLIK SINI], dan didalam artikel tersebut anda boleh lihat ada pertanyaan mengapa Dr Yunus menjadi pilihan pihak Istana dan seterusnya diperkenan untuk diangkat sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menggantikan Dato’ Dr Hasan Ali dan bukannya Dr Rani mahupun Dr Shafie.
Memetik ayat Dr Hasan Ali sebagai berkata :
“Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.”
Dan Keris memetik kata-kata rakan blogger Sinis Malaysia :
Oh ya! Dr Yunus bukan sekadar komited dalam perjuangan dan tidak mungkin terpengaruh dengan golongan parasit, bahkan beliau adalah salah seorang pendukung Dr Hasan Ali!
Mengapa dia berkata begitu?. Teruskan membaca di blog beliau [Klik Sini] untuk ikuti satu pendedahan ekslusif. Keris kesian tengok PAS Selangor yang kini semakin dirobek dan dilondehkan satu persatu. Mungkinkah ini balasan kerana memperjudikan agama demi kuasa?.
Apapun secara peribadinya Keris ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger Sinis Malaysia yang bukan sahaja membuatkan pembaca tertanya-tanya namun beliau juga berjaya membuat para bloggers mencari jawapan. Tahniah dan teruskan perjuangan anda. InsyaAllah kami sentiasa membantu rakan-rakan yang komited dalam perjuangan.
K7L : Siapa gerakan 'C4' yang akan berusaha melondehkan pembangkang di empat negeri?...
0 ulasan:
Post a Comment