Hentikan Politik Kebencian, Hati-hati Rangka Polisi Baru
1. Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isnin lalu. Walaupun mahkamah telah membebaskan Anwar namun rakyat juga bebas menilai fakta-fakta dalam Mahkamah untuk membuat kesimpulan dan penilaian sendiri.
2. Kepada Mohd Saiful saya percaya kesanggupan beliau bersumpah secara terbuka membuktikan sesuatu. Mungkin beliau tidak mendapat pengadilan di dunia ini tetapi insyaallah akan ada pengadilan yang maha adil di akhirat kelak.
3. Saya fikir dengan pembebasan Datuk Seri Anwar ini sudah tiba masanya orang Islam menghentikan politik benci-membenci berdasarkan tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan menumpukan usaha ke arah politik yang lebih sihat.
4. Politik menyerang peribadi atau character assassination menjadi begitu lumrah dalam politik negara ini sehingga mengkesampingkan politik sihat dalam membahaskan dasar, polisi dan arah tuju negara pada masa hadapan.
5. Lebih serius serangan terhadap keperibadian ini akhirnya menimbulkan politik kebencian sehinga tiada titik persamaan lagi sesama agama, bangsa dan juga antara kaum di negara ini. Sudah tiba masanya semua parti utama di negara ini mengurangkan politik benci-membenci ini.
Hati-hati Rangka Polisi
6. Berkaitan dengan polisi kerajaan, saya telah beberapa kali menyatakan kebimbangan di dalam blog ini mengenai polisi-polisi yang tidak diperhalusi dan difikir secara mendalam terus diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk diumumkan.
7. Saya bangkitkan ini kerana telah beberapa kali didapati polisi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri akhirnya terencat dan gagal dilaksanakan. Ini bukan salah Perdana Menteri tetapi lebih kepada pasukan penggubal polisi yang diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menganalisa dan membentuk formula yang baik bagi sesuatu polisi.
8. Kekangan masa menjadikan amat mustahil untuk Perdana Menteri merangka sendiri setiap polisi secara terperinci. Justeru adalah penting pasukan yang beliau amanahkan untuk membentuk polisi dan dasar dari idea beliau menjalankan tugas dengan berkesan dan berhemat.
9. Malangnya, ada juga polisi yang telah ditegur oleh sebahagian kecil pengkritik sebagai tidak tuntas untuk pelaksanaan tetapi tidak diambil peduli oleh mereka yang terbabit. Mereka berkeras mahu melaksanankannya. Akhirnya setelah riuh-rendah pengumuman, perasmian dan pelancaran, polisi tersebut berkubur sebelum sempat berjalan.
9. Dalam Berita Harian, 9 Januari 2012, muka surat 4, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula perincian program Skim Rumah Pertamaku selepas pihak bank tidak berminat untuk menyediakan pembiayaan.
10. Sekiranya saudara/i masih ingat pada Mac 2011 saya menulis suatu artikel "Memastikan Kejayaan Skim Rumah Pertamaku", dan menyatakan bahawa skim ini mungkin akan gagal kerana kehendak kewangan atau syarat pinjaman institusi kewangan yang berbeza daripada apa yang diputuskan oleh kerajaan.
11. Malangnya, kerajaan mengambil masa hampir setahun untuk mengkaji semula dan ini menyebabkan polisi yang sepatutnya sudah dirasai oleh rakyat dan memberi impak yang baik kepada kerajaan dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya akan datang belum dapat dilaksana.
12. Rakyat dalam proses menilai kebaikan dan keupayaan polisi-polisi kerajaan menjelang pilihan raya akan datang. Jika banyak yang dirancang dan diumumkan tidak dirasai oleh sebahagian besar rakyat, ia boleh mendatangkan kesan yang serius kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. - Dr Khir Toyo'
Biarpun Dr Khir Toyo telah didapati bersalah namun mindanya masih lagi mahu membantu Barisan Nasional. Melihat kepada keadaan beliau, Keris berharap apa yang menimpa beliau harus menjadi iktibar kepada semua pemimpin. Contohi semangat beliau yang terus memberi ilmiah biarpun dalam keadaan tertekan.
K7L : Salah tetap salah..kita tidak pertahankan yang bathil..
0 ulasan:
Post a Comment