Menteri Besar Perak tidak jaga kebajikan rakyat?. Ini satu pembohongan jika ada yang berkata begitu. Sebaliknya beliau mengambil inisiatif memberikan rumah rakyat kepada golongan miskin menerusi program Infra Bina Upaya (IBU) melalui Yayasan Bina Upaya Perak Darul Ridzuan.
Melalui Projek IBU ini, mana-mana keluarga miskin layak memohon bantuan untuk menduduki rumah rakyat tersebut. Walau bagaimana pun, tapisan akan dilakukan agar pemohon benar-benar layak dan tidak mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya ini.
Di Pulau Pangkor sendiri, dua belas (12) unit rumah rakyat telah dibina dengan kos RM35,000 setiap unit. Beberapa lagi permohonan telah diluluskan namun terdapat kesulitan dalam memperolehi tanah bagi membina rumah tersebut.
Sebagai contoh, Yayasan Bina Upaya terpaksa meminta jasa baik kerajaan negeri bagi memberikan taraf tanah tol kepada penempatan Projek IBU yang memuatkan dua belas (12) buah keluarga.
Penempatan Projek IBU di perkampungan nelayan Hujung Kelawai, Sungai Pinang Kechik adalah tambahan penempatan keluarga miskin setelah lapan (8) buah keluarga terdahulu berjaya ditempatkan di situ melalui skim FELCRA di bawah dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Bagi rumah di bawah dana ini, peruntukan sebanyak RM33,000 diberi bagi membina satu (1) unit rumah.
Masalah yang sama timbul kerana rumah tersebut di bina atas tanah kerajaan negeri dan statusnya tidak tetap. Demikian itu, adalah menjadi harapan Yayasan Bina Upaya agar kerajaan negeri dapat memberikan status tol sekurang-kurangnya agar mereka yang menduduki rumah tersebut merasa yakin.
“Kalau diberi tanah pajakan 999 tahun, berapa ramai lagi orang miskin yang ada terpaksa menunggu berabad-abad, turun-temurun sebelum dapat merasa tanah untuk duduk bersama? Macamana dengan orang lain? Fikirlah orang lain sama”, kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zanariah.
Krew KritisOnline juga dimaklumkan bahawa Projek IBU oleh Yayasan Bina Upaya Perak Darul Ridzuan ini bukan sahaja dilakukan di kawasan menteri besar iaitu Pangkor. Bahkan ianya telah dikembangkan ke seluruh pelusuk negeri tersebut – KritisOnline
-kritis-online-
K7L : Itupun masih ada usaha khianat orang luar untuk tidak menjayakan program tersebut..Namum Allah maha pemurah, projek tersebut berjaya juga untuk orang melayu..
0 ulasan:
Post a Comment