14/01/2012

Reward Penangkapan Pengebom 901 - RM13,400?



Insiden pengeboman di kawasan berdekatan mahkamah tempohari telah menimbulkan kekecohan. Keris dan beberapa rakan ketika itu ada sewaktu letupan terakhir berlaku tidak jauh dari kami. Menjadi persoalan siapakan orang yang melakukan kerja kurang bagus ini. Dan berita penambahan wang tawaran kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya sesiapa yang terlibat membuatkan Keris juga terpanggil untuk menyumbang.


Beberapa blogger Pro-BN memulakan langkah murni dengan bersama-sama mengumpul sedikit dana menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini dalam pengetahuan Keris, rakan yang terlibat dalam memberi sumbangan adalah, Blogger Pena KSJ - RM50, Blogger Double Y - RM100, Blogger Bro Jinggo - RM100, Blogger Cucu Tok Selampit, - RM200. Juga terdapat beberapa blogger lain yang menambah sehingga jumlah menjadi RM13,300 telah berjaya dikumpul.

Keris 7 Lok juga ingin turut serta menyumbang dengan menambah RM100 agar sesiapa yang ada maklumat terus kehadapan dan membantu demi keamanan sejagat di bumi bertuah Malaysia.Maka wang tersebut telah menjadi RM13,400.

K7L : Biar sikit asalkan membantu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk