26/01/2012
Mengapa Azmin Ali 'Menggelupur'? :: Surat Terbuka Buat Dr Hasan Ali
14:54
1 comment
Haha!. Entah mengapa Azmin kini beri amaran kepada Dato' Dr Hasan Ali dengan mengatakan bahawa pelbagai rahsia ada di dalam poket Pakatan. Keris punya cara amat mudah, jika ada dedahkan sahaja, tak perlu nak beri amaran dan sebagainya. Keris cabar Azmin yang kini telah beberapa bulan tidak 'menjenguk' ibunya untuk tampil membuat pendedahan rahsia Hasan Ali. Cakap sahaja budak kecil pun boleh.
Habis isu Azmin 'menggelupur' dan sekarang Keris ingin sampaikan surat terbuka seorang penulis blog pro-UMNO buat Dr Hasan Ali :
YB Dato’ Dr. Hasan Ali,
Assalamualaikum wbt dan puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam.
Menonton rancangan “Soal Jawab” yang dikendali serta disiarkan oleh stesyen televisyen TV3, bertarikh 24hb Januari 2012, jam 11.00 malam, saya tampil untuk memberi pandangan dan cadangan untuk pertimbangan YB Dato’. Beikut adalah antaranya :-
1. YB Dato’ memaklumkan wujudnya “kuasa ketiga” dalam lanskap politik tanahair yang tidak dapat disangkal oleh saya. Memperincikan “kuasa ketiga” yang dipercayai oleh YB Dato’ memperjuangkan “I-M-R” ringkasan kepada “Islam-Melayu-Raja”, juga satu objektif yang amat saya sokong secara peribadi.
2. Namun saya juga percaya bahawa perjuangan parti-parti yang wujud dan berdaftar di Malaysia punyai objektif dan matlamat masing-masing berlandaskan perlembagaan parti tersebut.
3. Sudah sekian lama Malaysia didominasi oleh satu parti yang menggunakan label “Islam” dalam perjuangan mereka, tidak lain dan tidak bukan adalah Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Maka, “I” untuk “Islam” yang pertama telah ada wadahnya.
4. Begitu juga matlamat penubuhan sebuah lagi parti semenjak sebelum merdeka yang mendaulahkan Raja-Raja dan memertabatkan bangsa Melayu tidak lain dan tidak bukan disandang oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya, UMNO. Maka itu “M” dan “R” yang YB Dato’ fikirkan perlu ada dalam gerakan “kuasa ketiga” juga telah dipenuhi.
5. Lebih dari itu, UMNO turut memakai slogan perjuangan ‘agama’, ‘bangsa’ dan ‘tanahair’ selama ini. Pendekatan ‘aa-ba-ta’ itu seolah-olah dihidupkan kembali dalam jenama “I-M-R” yang YB Dato’ fikirkan mahu diterapkan dalam perjuangan “kuasa ketiga”, adalah pada hemat saya hanyalah suatu re-branding, daripada melahirkan satu ide segar dan baru.
6. Saya secara peribadi melihat perjuangan YB Dato’ secara dekat semenjak YB Dato’ menggalas jawatan exco kerajaan negeri Selangor.
7. Saya kagum dengan kecekalan YB Dato’ dalam membawa bukan sekadar nama baik YB Dato’ sendiri dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat, lebih dari itu YB Dato’ berusaha melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt lebih dari segalanya. Justeru itu, wadah perjuangan ‘Islam’ yang selama ini cuba dijuarai oleh PAS adalah pada landasan yang betul diterjemahkan oleh YB Dato’ selaku exco kerajaan negeri yang memegang portfolio hal ehwal agama Islam.
8. YB Dato’ adalah pemimpin PAS sejati dalam kedudukan kuasa yang diberikan oleh rakyat negeri Selangor kepada pakatan PAS-PKR-DAP. Menterjemahkan ia dengan penguatkuasaan undang-undang Islam yang terhad,ada diperuntukan dalam negeri Selangor, YB Dato’ cuba sebaik mungkin membanteras penyakit-penyakit sosial seperti arak dan maksiat.
9. Secara peribadi, pada hemat saya adalah tindakan yang ditunggu-tunggu oleh bangsa Melayu yang umumnya adalah penganut agama Islam. Memang perlu, usrah dan dakwah untuk mengembalikan Melayu, yang sinonim sebagai umat Islam kepada jalan Allah swt tetapi pada akhir zaman ini, penguatkuasaan adalah tindakan yang dipercayai oleh sebilangan besar ummah mampu membanteras gejala serta penyakit sosial yang berleluasa berakibatkan kemodenan dunia amnya, dan Malaysia khususnya.
10. Selain dari penyakit sosial seperti arak dan maksiat, saya juga amat kagum dengan keberanian YB Dato’ membanteras usaha menyelewengkan akidah umat Islam, terutamanya Melayu, yang diperuntukan dalam perlembagaan negara sebagai bangsa istimewa dengan agama yang ditetapkan semenjak kelahiran sebagai penganut agama Islam.
11. Insiden pemurtadan umat Islam serta penyelewengan akidah seperti yang YB Dato’ ‘bogelkan’ kegiatannya, bukanlah suatu yang memeranjatkan umat Islam Malaysia khususnya. Umat Islam Malaysia lebih terperanjat dengan keberanian YB Dato’ memerangi segelintir pihak yang berusaha untuk memurtadkan umat Islam serta menyelewengkan akidah mereka. Ini kerana, kes-kes pemurtadan bukanlah suatu yang baru, bahkan menjadi sebahagian dari perjuangan PAS itu sendiri.
12. Tindakan YB Dato’ mewujudkan USA, singkatan kepada “Unit Selamatkan Akidah” di bawah pejabat portfolio yang YB Dato’ pegang, dibantu oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), ditambah dengan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor adalah satu tindakan yang tepat dan wajar. Angka fail kes, 35 kesemuanya yang sudah berdaftar mohon diselamatkan akidahnya, menunjukkan keberkesanan YB Dato’ dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat, dan oleh Allah swt.
13. Malangnya, segelintir pimpinan tertinggi PAS, tidak tahan dengan ujian Allah swt yang baru memberikan kuasa sedikit kepada mereka untuk memerintah negeri, sanggup menekan dan menindas YB Dato’ dalam perjuangan menegakkan kebenaran Islam.
14. Ujian Allah swt dengan memberi kuasa sedikit kepada PAS bagi memerintah negeri nampaknya gagal dengan nafsu serakah segelintir pemimpin tertinggi PAS yang punyai cita-cita lebih besar mahukan kuasa memerintah negara. Demikian itu, kes pemurtadan dan penyelewengan akidah umat Islam yang selama ini gagal dibendung oleh kerajaan negeri Barisan Nasional mahupun Pusat, juga diambil ringan oleh pimpinan tertinggi PAS kerana mahu menjaga hati parti pakatan mereka terutamanya PKR dan DAP.
15. Pada pandangan peribadi saya, secara jujur, PAS telah lari dari perjuangan asalnya yang sebelum itu berjaya diterjemahkan oleh YB Dato’ sewaktu menduduki kerusi exco menjaga hal ehwal agama Islam di negeri Selangor.
16. Pemecatan YB Dato’ barangkali adalah sebahagian ujian dari Allah swt, bagi melihat sejauh mana kesungguhan YB Dato’ meneruskan perjuangan menentang pemurtadan dan penyelewengan akidah umat Islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar peruntukan perlembagaan negara yang memberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu dan agama Islam.
17. Justeru, penolakan YB Dato’ untuk memasuki mana-mana parti seperti UMNO mahu pun pergerakan tidak berpolitik seperti Perkasa sewaktu sidang media kali pertama diadakan selepas pemecatan YB Dato’ adalah disambut baik secara peribadi oleh saya.
18. Negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai contoh terbaik, pernah dipecat kerana lantang menyanggah dasar bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama, allahyarham Tunku Abdul Rahman. Namun akhirnya terbukti, dengan kekuasaan Allah swt beliau diambil semula ke dalam UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. Sekali lagi Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan keluar dari parti kerana membantah kepimpinan penggantinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan kehendak Allaw swt juga perjuangan Tun Dr. Mahathir membuahkan hasil apabila Tun Abdullah melepaskan jawatan dan diganti oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
19. UMNO yang diibaratkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai “busuk hingga ke usus” nya tidak lama dahulu tidak jauh berbeza dengan PAS pada hari ini.
20. Kepimpinan tertinggi PAS kini yang menyimpang jauh dari dasar sebenar, jauh dari kemolekan yang pernah dibawa oleh allahyarham al-fadhil ustaz Fadzil Noor perlu digempur bagi meluruskan kembali dasar perjuangan mereka.
21. Di sinilah harapan saya secara peribadi agar YB Dato’ dapat menyedarkan ahli-ahli PAS terutama yang berada di akar umbi bangkit membetulkan landasan parti itu. Jika benar terbukti wujudnya golongan-golongan parasit yang menghancurkan struktur dalaman PAS ibarat anai-anai yang merosakkan rumah, maka wajarlah YB Dato’ basmi parasit atau anai-anai itu sekali pun dari luar rumah.
22. Sebenarnya, saya berpandangan PAS adalah satu parti yang disayangi oleh bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Ini kerana PAS adalah satu lagi parti terbesar yang dapat menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam selain dari UMNO sendiri. Pada satu ketika, di mana UMNO gagal menangani desakan-desakan bangsa lain terutamanya yang bersangkut-paut dengan hak agama Islam dan hak Melayu sebagaimana diperuntukan di dalam perlembagaan negara, PAS menjadi parti golongan kiri yang mendesak seterusnya menyeimbangi UMNO dalam mempertahankan perkara-perkara itu. Namun kerana ketamakan kuasa, hari ini kelihatan kedua-dua UMNO dan PAS menjadi lemah dalam mempertahankan agenda agama, bangsa dan tanahair.
23. Sebenarnya, selain dari menyelamatkan UMNO, adalah perlu untuk menyelamatkan PAS pada hari ini. Sama ada UMNO mahupun PAS, kedua-duanya adalah parti yang suci pada asasnya, namun kotor kerana kepimpinan yang tamak dan haloba hingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan yang asal.
24. Harapan saya agar YB Dato’ dapat memperjuangkan perkara-perkara yang saya sebut di atas. Insyaallah, ujian demi ujian yang Allah swt berikan dapat diharungi oleh YB Dato’ dan sekiranya parasit serta anai-anai yang memusnahkan parti PAS itu dapat dibanteras, walaupun dari luar parti, pada suatu hari nanti impian umat Islam dan bangsa Melayu untuk melihat perpaduan ummah bukan sekadar impian, tetapi direalisasikan. Itulah harapan sebenar-benar umat Islam, bangsa Melayu yang tidak berpolitik dan mahu menjadi "kuasa ketiga". Mudah-mudahan, Insyaallah.
Akhir kalam, saya doakan kesihatan yang baik buat YB Dato’ dalam meneruskan perjuangan ISLAM-MELAYU-RAJA sebagaimana yang direncanakan.
Wassalam warahmatullahi wbt.
Sekian,
Sinis Malaysia
Ditintakan pada: 26hb Januari 2012, jam 9.00 pagi.
*Penulis merupakan seorang blogger yang fokusnya kepada negeri Selangor. Pembaca boleh lihat blog beliau di sinismalaysia.blogspot.com
K7L : Ada orang kata Keris empunya Sinis Malaysia..haha..kenapa tak kata Keris juga blogger Kedah Ke KL?..Aduhai..mereka rakan Keris yang fokus pada negeri masing-masing..tak salah Keris kongsi artikel mereka kan?
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2012
(1482)
-
▼
January
(156)
- Jual Atau Tidak - Itu Sahaja Jawapan Bagi Isu Madr...
- Karpal Masuk 'Trap' - Apa Kata Lawyer UMNO?
- PAS Bertanding Di Sarawak - Kerusi Yang Pasti Kalah
- 10 + 1 Fobia Paling Pelik Di Dunia?
- MP PKR Kawasan Mana Yang Buat Janji Tapi Tak Tepati?
- Perhatian Untuk Kaum Hawa! - Kes Rogol Guna Dadah?
- MB Sesuai Jadi Exco Agama - Dr Rani - Isu Pelacura...
- Tak Takut Dipecat? - MB Kedah - PAS Makin Tertekan?
- Khas Buat Sambutan 40 Tahun RELA! - Pusat Simulasi...
- [Video] Anwar Nak Lesing Budak Jerit 1Malaysia?
- Aku Benci - Isi Hati Seorang Penulis
- Soal-Jawab - Kuasa Ketiga - Dr Hasan Ali
- Menitik Airmata Guan Eng Dengar Lagu Barisan Nasio...
- Apa Ustaz Fathul Bari Kata Tentang Exco Agama Baru...
- @SGobikrishnan Buat Hal Lagi! - Kali Ini Sentuh Is...
- Katarsis Kata [UMB-Tv] - Mari Dengar Apa Komen Pem...
- TPM Gegar Tengku Adnan Di Putrajaya Bersama Raja N...
- Kesiapsiagaan Jentera Parti Menghadapi PRU13 - Dat...
- Siapa Zaira Jaafar Yang 'Sound' Faekah Husin?
- Fitnah @malaysiawaves Pasal HIMPUN Terjawab Dalam ...
- Jedi Master Qui-Gon Jinn - Ingin Memeluk Agama Islam?
- Tindakan Aziz Bari Selar Azizan Razak Tak Bijak - ...
- Tanda Kebesaran Allah : Cahaya Pada Masjid Putra
- Mengapa Azmin Ali 'Menggelupur'? :: Surat Terbuka ...
- Akhbar Cina - Kit Siang Yakin N9 Milik PR?
- Gunung Pulai 'On Sale' - Rakyat Kedah Mengamuk! #s...
- Ini Nasib Musuh Islam - Ariel Sharon Membusuk Tapi...
- [Video] - Kerana Balak Penduduk Kampung Minum Air ...
- Pemuda PAS Baling Mengamuk! Taib Azamudden Ketaq L...
- Eksklusif - Rakaman Interbiu Dr Hasan Ali - Bicara...
- SetPol Wan Azizah Ada Sisi Gelap? - PKR Parti Song...
- Kecoh Di Jalan Kebun : Satu Konspirasi?
- Yunus Hairi Pendokong Hasan Ali? - Siapa Sinis Mal...
- Zul Noordin Bercakap Pasal Anwar Pembohong?
- Bezakan Exco Agama Islam Yang Dahulu Dengan Yang S...
- @Khairykj Raikan Pemuda Padang Rengas! Pemuda Pera...
- @Khairykj Serang Ipoh Barat! Kulasegaran Mengamuk?...
- Gong Xi Fa Chai! To All K7L's Chinese Friends!
- [Video] Air Kotor Membawa Ke Syurga? #SaveKelantan
- [Video] Serta Paksa - Pemimpin Mana Yang Dikutuk?
- Apa Kena Mengena Knoll Brother's Dengan Bloggers?
- MalaysiaKini Mungkin Akan Disaman @tunfaisal?
- Orang UMNO Tak Perlu Hadiri Ceramah @drhasanali
- Apakah Ini Bukan Transformasi Kerajaan?
- Madrasah Salihiah - Apa Lagi PAS Kantoi?
- Kisah Anwar Dan 'Si Mata Satu' - Wajib Tengok!
- [Video] Betulkah @tunfaisal Cakap Omputih & @Isham...
- Apa Kena Mengena Kes Judi Sabah Dengan Anwar Ibrah...
- Khir Toyo Bercakap Tentang Politik Kebencian!
- Amaran Buat Semua Calon PRU13 - Jangan Paksa Kami ...
- Klinik 1 Malaysia Satu Kegagalan?
- [VIDEO] Soal Jawab @tv3malaysia - Aqidah Dan Homo...
- [Gambar] Ekslusif - Pertemuan DS Zahid Hamidi, Ton...
- Dr Yunus Ada Masalah Dengan Imam Punca Gagal Sanda...
- 5 Soalan Untuk @hdaily09 - Kalau Berani Jawablah!
- @WardinaSafiyyah Harus Tarik Balik Kenyataan - @tu...
- Tun Mahathir 'Hentam' Hak Merayu Anwar?
- Puak 'Parasit PAS Telah Didedahkan? - Apa Kata Sur...
- Laporan Ugutan Jenayah Terhadap @AzwanNur - Ini Ka...
- Harakhadaily.net 'Tipu' Pembaca Pasal 102 Ahli PAS...
- Gambar 'Ekslusif' Elizabeth Wong Ditemui Lagi?
- Nik Aziz Kena 'Bangang' Sebab Bagi Lim Kit Siang J...
- Dr Rani Kena 'Reject' - Dr Yunus Paling Layak Gant...
- #BR1M - Senarai Lokasi Kauter Penyerahan RM500
- [Video] @ZambryAbdKadir Menjawab Isu Poster Dibakar
- Anak Kecil "Everyday I'm Shuffling" - Salah Siapa?
- @anwaribrahim Dikritik Oleh The Economist - Anwar ...
- Tawaran Berdiskusi - Apa Kata Ustaz Azhar Idrus?
- Ustaz Fathul Bari Menjawab Isu Ustaz Azhar Idrus?
- Visit Perak 2012 - Blogger Kulaan Niring Bongkak D...
- Zurihan Berbicara Mengenai Pemuda Kuala Langat?
- Video Ahli-Ahli PAS Yang 'Dibeli' UMNO Gombak
- Ahli PAS Yang Masuk UMNO Gombak Tempohari Dibeli?
- Mahasiswa Wajib Tengok - Anwar Hadi Berdemo Depan ...
- Dato Meor vs Bruce Lee - Ini Punca Mengapa LGE Takut?
- 50 + 1 Dalil Mengapa Anwar - Not Suited To Be Prim...
- @AzwanNur Hina Tun M? - Dia Harus Minta Maaf!
- Oh! Orang PAS Yang Mengamuk Cari Ketua UMNO Gombak...
- 200 Penyokong PAS Mengamuk Di Gombak!
- Perpaduan - Satu Perkara Yang Negatif?
- Reward Penangkapan Pengebom 901 - RM13,400?
- Team Media Kedah Mengamuk Di Utara?
- #SARA1M Lagi Hebat Dari BR1M?
- @niknazmi Pening Kepala Setelah Jamil Khir Jawab?
- Abang @AzwanNur Ucap 'Kepala Otak Kau' Kepada Tun ...
- Rumah Jamil Khir Lagi Murah Dari Rumah Saifuddin N...
- Ustaz Azhar Idrus Kena Minta Maaf Sebab Mulut 'Cap...
- @HishammuddinH2O Tidak Mesra Rakyat?
- Projek IBU Basmi Kemiskinan - Tindakan Bijak Keraj...
- Tinggalkan Anwar Ibrahim Jika Mahu Akidah Selamat?
- Pengikut Nik Aziz Insaf Lepas Tengok Video Ini?
- Muslimat PAS Naik Syeikh Nyanyi Sambil Mencarut?
- Hasan Ali Bakal Presiden Perkasa?
- PAS Tolak Amanat Ustaz Fadzil Nor? - #saveMsia
- Tahniah @PDRMsia Kerana Berjaya Ketika #bebasAnwar...
- Selepas Keputusan Mahkamah - Anwar Sokong 1Malaysia?
- Rumah Teres RM35,000 Sahaja, Kat Mana?
- #bebasAnwar901 - Zulkifli Noordin Meroyan Apa Ni?
- #PAS - Kata Dua Oleh Hasan Ali - Nasharuddin Mat Isa
- #901 : AMK Pukul Pakcik Perkasa?
-
▼
January
(156)
DATUK HASSAN ALI ADALAH CONTOH AHLI PAS YANG TULIN DAN TIDAK LARI DARI PERJUANGAN ASAL PARTI PAS, AKAN TETAPI LANSKAP POLITIK SUDAH BERUBAH DAN PAS JUGA SUDAH BERUBAH KINI GOLONGAN PROFESIONAL ATAU LIBERALIS SUDAH MASUK DAN KINI MENGUASAI KEDUDUKAN TERTINGGI PARTI PAS.KUASA KETIGA JIKA DAPAT DITUBUHKAN PASTINYA AKAN SEKADAR MEMECAHKAN UNDI.MENGAPA TIDAK KUASA KETIGA INI MELENGKAPKAN UMNO???UMNO PERLU KAN GOLONGAN ULAMA ATAU ILMUAN AGAMA UNTUK MELENGKAP PARTI KERAMAT MELAYU INI..RENUNG RENUNGKAN LAH..
ReplyDelete