26/01/2012

Gunung Pulai 'On Sale' - Rakyat Kedah Mengamuk! #saveKedah




Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.

Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,








Andaikata projek ini dibenarkan oleh kerajaan negeri dan pembinaan kuari diteruskan juga, maka orang kampung akan membantah projek kuari ini dengan sekeras-kerasnya.

Nampaknya projek jual gunung ini merupakan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah.

Kalau Gunung pun depa nak jual, lepas ni apa pulak yang boleh mereka jual lagi?

Sumber : Kedah Ke KL

K7L : Tertarik dengan satu komen di blog KedahKeKL.."Jangan sampai anak dara Kedah kena jual kat siam"..nampak sarkastik namun ia bukan suatu perkara yang mustahil..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk