بسم الله الرحمان الرحيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901 ini dianjurkan secara bersama-sama antara mahasiswa negara dan NGO-NGO bagi menyatakan bantahan mengenai himpunan 901 pada 9 Januari 2012 bertempat di sekitar perkarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur.
MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901 mengecam dan mengutuk sebarang bentuk usaha yang telah dan akan dijalankan dalam mengadakan himpunan tersebut oleh pihak tertentu yang disifatkan sebagai tindakan yang tidak akan memberi faedah dan manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Malahan himpunan ini hanya akan merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, budaya dan jenis kepercayaan masing-masing.
MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901 melahirkan rasa kecewa dan berdukacita di atas sikap tidak bertanggungjawab penganjur himpunan 901 yang sedang giat berusaha memperalatkan mahasiswa untuk menjadi penggerak utama dalam himpunan tersebut. Tambahan pula, mahasiswa juga diharapkan supaya turut menjadi daya penarik dalam siri kempen bagi mempengaruhi lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda untuk turun ke jalanraya bagi cubaan mempengaruhi keputusan mahkamah dalam kes salah laku seks Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Maka, MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901 adalah berdasarkan empat asas pertimbangan yakni:
1. MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR DAN WAKTU KULIAH
Mahasiswa harus mengutamakan pelajaran pada setiap masa. Mereka juga wajar memberi tumpuan yang lebih dalam aktiviti mentelaah terutamanya ketika musim peperiksaan akhir agar mereka berjaya mencapai kecemerlangan akademik sebagaimana yang telah diamanahkan oleh ibubapa dan keluarga. Justeru itu, sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan peperiksaan akhir mestilah dielakkan, apatah lagi mana-mana aktiviti yang sudah pasti akan membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan. Dalam pada itu, kesanggupan mahasiswa untuk ponteng kuliah atas alasan untuk memperjuangkan sesuatu isu adalah tindakan mahasiswa yang tidak bijak dan ia diyakini akan menjejaskan proses pembelajaran mereka. Akhirnya, mahasiswa memperolehi keputusan akademik yang tidak cemerlang. Adakah berdosa seorang mahasiswa itu, jika berjuang bermati-matian memenuhi impian ibubapa untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang?
2. KESELAMATAN DIRI MAHASISWA
Walaupun perhimpunan ini telah dijamin oleh penganjur yang ia akan diadakan secara aman dan harmoni. Tiada siapa sebenarnya boleh memberi jaminan sepenuhnya kerana himpunan ini dikatakan akan melibatkan ribuan penyokong yang rata-ratanya datang dari parti politik pembangkang. Sikap provokasi yang melampau dan bantahan secara kekerasan adalah tindakan popular yang digunakan oleh pihak pembangkang sebelum ini terutamanya apabila sesuatu isu atau keputusan tidak menepati kehendak mereka. Rakyat Malaysia tidak pernah lupa akan sejarah tahun 1999, gerakan reformasi yang telah memberi banyak kesan negatif terhadap ekonomi, keselamatan, ketenteraman dan perpaduan rakyat Malaysia.
3. KEYAKINAN TERHADAP SISTEM PERUNDANGAN DAN INSTITUSI KEHAKIMAN ADALAH BEBAS SERTA ADIL
Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan berpegang teguh terhadap rukun negara yang menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, rakyat Malaysia harus memberi kepercayaan kepada sistem perundangan dan institusi kehakiman yang mana ia diyakini bebas serta adil terhadap mana-mana pihak yang dibicara tanpa mengira status, budaya, bangsa ataupun fahaman politik. Slogan ‘Rakyat Menjadi Hakim’ adalah bukti permulaan perang persepsi kepada rakyat terhadap keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah nanti. Sekiranya, tindakan ini menjadi amalan baru, maka runtuhlah institusi kehakiman di negara ini, yang seterusnya menimbulkan huru hara dalam sistem pentadbiran negara.
4. HIMPUNAN 901 ADALAH AGENDA POLITIK INDIVIDU TERDESAK
Himpunan 901 adalah acara kemuncak setelah satu siri jelajah dibuat di seluruh negara dengan tujuan meraih sokongan rakyat serta membuat penjelasan terhadap keputusan mahkamah yang belum diputuskan lagi. Gerakan ini sememangnya berniat untuk memesongkan pemikiran dan pertimbangan rakyat demi kepentingan peribadi. Sepatutnya, kita harus menunggu dahulu keputusan yang dibuat barulah bertindak terhadap sebarang yang telah diumumkan. Jadi, mengapa usaha ini dilakukan sekiranya individu tersebut tidak terdesak.
Oleh hal demikian, MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901 hari ini menuntut supaya KERAJAAN MALAYSIA dan KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM) memenuhi tiga tuntutan berikut:
1. HIMPUNAN 901 TANPA PENGLIBATAN MAHASISWA DAN PELAJAR SEKOLAH
Memuji sikap keterbukaan polis dalam memberikan kebenaran pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan di kawasan letak kereta di luar mahkamah. Namun, di atas keperluan untuk memastikan kesemua asas pertimbangan tersebut dipenuhi, kami mendesak pihak polis agar memberikan arahan kepada pihak penganjur agar tidak melibatkan mahasiswa dan pelajar sekolah di dalam perhimpunan tersebut. Selain itu juga, setiap universiti mestilah mengeluarkan perkelililing yang menghalang penglibatan mahasiswa dalam acara itu.
2. PENGUATKUASAAN AUKU 1971 PINDAAN 2009 DAPAT MENGEKANG MAHASISWA DIPERALATKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNJAWAB
KPTM dan Universiti mestilah menguatkuasakan AUKU secara pro-aktif dalam mengekang penularan aktiviti subversif yang memperalatkan mahasiswa sebagai agen kepada pihak tertentu dalam menyebarkan dakyah-dakyah yang bertujuan merosakkan perpaduan dalam kalangan warga kampus. KPTM harus memandang serius perbuatan mahasiswa yang menjadikan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengelirukan dan memesong pemikiran mahasiswa dengan harapan untuk menanamkan kebencian terhadap pemerintah.
3. PERTAHANKAN AUKU 1971 PINDAAN 2009
Kerajaan Malaysia mestilah mempertimbangkan semula cadangan pindaan AUKU yang membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun menyertai mana-mana parti politik. Lihatlah, episod demonstrasi jalanan 17 November 2011 dan tragedi pencerobohan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Januari 2012 anjuran kumpulan pelampau mahasiswa telah menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam semasa dan selepas penganjuran. Ini adalah tindakan yang berlaku sebelum pindaan AUKU, bagaimana kesannya pula selepas pindaannya kelak? Adakah mahasiswa tidak berjaya memperolehi kelas pertama adalah disebabkan AUKU? Adakah peningkatan pengangguran juga berpunca daripada AUKU?
Marilah seluruh mahasiswa dan NGO, kita bersama-sama berdiri teguh menyatakan pendirian kita yang membantah sekeras-kerasnya Himpunan 901 ini dan penglibatan mahasiswa serta pelajar sekolah dalam himpunan tersebut agar ekosistem dunia kemahasiswaan sentiasa segar dan beruapaya menjadi pelengkap kepada sistem pemerintahan baru negara.

0 ulasan:
Post a Comment