17/01/2012

[Video] @ZambryAbdKadir Menjawab Isu Poster Dibakar


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pembakaran poster Yang Berhormat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Keris mengikuti portal laman Putrajaya-Online dan dari laman tersebut dinyatakan :

PARIT BUNTAR – Menteri Besar, Datuk Zambry Abd. Kadir hari ini kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang bertindak membakar kain rentang yang dipasang di Masjid Tinggi, Bagan Serai sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2011 kelmarin.

Beliau berkata, kain rentang yang dipasang pihak kerajaan negeri itu terbakar melibatkan sebahagian raut wajahnya yang sedang bermesra dengan seorang warga tua dengan berslogankan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan tidak tahu siapa yang melakukannya, mungkin dia geram sangat dan tidak tahan kerana hari-hari terpaksa melihat gambar berkenaan.

“Biarlah polis yang menyiasat perkara ini dan rakyat yang menjadi hakim. Mereka berkata tentang demokrasi dan hak, maka ‘bagus’lah tindakan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutupan HPPNK 2011 yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
(Teruskan membaca di SINI)

Dan bagi menjawab isu ini, Keris telah menerima maklumbalas daripada DS Zambry sendiri. Lihat video di bawah :





Ini pandangan rakan-rakan blogger Keris mengenai insiden tersebut :
Kulaan Niring
Dengan pelbagai usaha Zambry dan Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Perak serta menangani permasalahan penduduk setempat dan rakyat negeri membuatkan pembangkang melihat sokongan rakyat mula berkurangan terhadap mereka terutama pengundi atas pagar.
Melihat kepada suasana ini membuatkan pembangkang terpaksa membuat tindakan "drastik tapi bodoh" dengan mengalahkan balaci-balaci mereka membakar gambar Zambry sebagai tanda kononnya rakyat memprotes beliau sedangkan hakikatnya adalah bertentangan.


Double-Y
Semalam dilaporkan poster MB Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, poster yang memaparkan aksi Zambry bermesra bersama orang kampung itu nampaknya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati atau 'panas bontot' oleh musuh politiknya di Perak.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kuasa dari PR, Dr. Zambry Abd Kadir telah berjaya membawa Perak ke satu tahap yang membanggakan, lebih-lebih lagi ianya dapat dilihat dengan jelas di sekitar Pangkor yang mana selepas beberapa bulan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir berjaya membangunkan projek rumah mampu milik bersama Yayasan Bina Upaya Darulridzuan

Keris 7 Lok
Namun bagi Keris sendiri, ini semua melibatkan emosi dan perasaan. Keris juga tidak mahu menuduh pihak mana yang melakukannya namun tindakan tersebut ternyata kurang matang dan profesional. Jelas ada yang cemburu dengan kejayaan serta populariti MB Perak sehingga ada yang sanggup membakar poster tersebut. Apapun anda nilai sendiri sikap pihak yang membuatnya. Cuma Keris nak nyatakan disini, orang yang 'sakit mata' sahaja yang nak bakar poster itu pun, mungkin tak tahan hari-hari tengok. Haha!. Apapun serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

K7L : Apapun kesediaan DS Zambry menjawab isu tersebut amat bijak dan sangat berhemah..macam ini barulah pemimpin!

1 ulasan:

  1. Ya allah lindungilah insan yang berdiri sebagai YB kami...anak perak jati

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk