02/01/2012

Dari Sudut Pandang Rakyat Malaysia - Demo AUKU - Siri 2


Sambungan daripada Siri 1

Keris berpeluang menemuramah beberapa individu mengenai demonstrasi anti-AUKU yang diadakan di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang bertindak agresif sehingga polis terpaksa menahan sebahagian daripada mereka. Ini sudut pandang mereka baik sebagai seorang pemimpin, rakyat mahupun mahasiswa.

Mari dengar apa pendapat mereka :




Ilham Jamil Khir, Jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia

“Dari perspektif saya, Mahasiswa ini aset kepada negara dan punya nilai yang tersendiri. Berkenaan dengan tindakan kurang bijak berdemonstrasi atas perjuangan kebebasan akademik seperti itu melambangkan betapa rapuhnya jatidiri mahasiswa amnya dan anak Melayu khususnya. Saya pasti ramai yang terusik dengan pandangan kerdil saya namun saya merasakan tidak patut mereka berbuat demikian kerana tidak lama lagi AUKU itu akan dipinda. 

Bercakap tentang politik luar, tidak salah ingin tahu namun janganlah sampai terpengaruh dengan ideologi yang akhirnya memberi kesan seperti berdemonstrasi. Tidak ada satupun perarakan jalanan didunia ini yang menguntungkan negara masing-masing. Mahasiswa harus bertindak bijak dan profesional dalam apa jua keadaan. Bicara tentang demonstrasi jam satu pagi, siapa yang ajar buat benda kurang cerdik itu?. Kecewa dan mengutuk tindakan mereka kerana keharmonian sebagai mahasiswa kini dicemari dengan pengaruh politik luar sehingga ramai yang alpa tanggungjawab sebenar sebagai penuntut ilmu. Saya mahukan keamanan kampus, jangan rosakkan keharmonian dalam universiti."

Mohd Khaidir, Master of Management, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

"Sebagai seorang mahasiswa/siswi kita perlu pandai berfikir dan bertindak. Demonstrasi baru-baru ini mengenai AUKU oleh segelintir golongan mahasiswa sepatutnya tidak perlu dilakukan yang mana AUKU sudah diumumkan akan dipinda. Dengan ditambah lagi dengan aksi menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri amatlah dikesali. Mereka tidak layak untuk mewakili suara mahasiswa. Dengan adegan biadap mereka, secara tidak langsung telah mencemarkan nama mahasiswa dan nama UPSI secara amnya. Lebih jelek lagi mereka yang berdemo ini ada diantaranya merupakan bakal-bakal pendidik generasi akan datang. Yang pasti secara mereka sedar atau tidak, mereka telah dipergunakan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi yang tidak sihat. Kesal dengan tindakan mereka, saya memohon perkara seperti ini tidak akan berulang lagi"


Muhammad Izi Izree Zulkefli, President of International Business Unity Club (IBUC), Jurusan B.B.A (Hons) International Business, UiTM Kampus Bandaraya Melaka :

"Umum tahu peristiwa yang menggemparkan negara bermula dari penurunan bendera Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib sehinggalah ke ‘aksi’ terakhir pada malam semalam yang berlaku di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di mana ia didalangi oleh seorang yang bergelar mahasiswa, Adam Adli.Tergerak hati saya sebagai salah seorang Mahasiswa yang masih lagi menuntut di UiTM Kampus Bandaraya Melaka untuk bersuara memandangkan peranan mereka yang menggelarnya sebagai Wakil Mahasiswa Malaysia. Ingin saya tegaskan di sini saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelajar-pelajar yang melakukan demo di hadapan UPSI malam semalam!.

Menggelar diri mereka sebagai mahasiswa namun tidak dilakukan satu tindakan yang menampakkan kematangan diri dari segi berfikir dan berilmu? Kenapa perlu melakukan tindakan yang asalnya kita sendiri tahu akan mencetuskan kemarahan masyarakat dan khususnya mahasiswa sendiri? Kenapa tidak sahaja menganjurkan debat secara terbuka dan menjemput wakil dari pihak kerajaan, pembangkang dan juga wakil mahasiswa sendiri untuk didebatkan secara terbuka mengenai pemansuhan AUKU dan Akta 174. Memansuhkan sesebuah akta bukan senang. Kerajaan perlu memikirkan dari segi baik dan buruknya bila memansuhkan sesebuah akta. Jangan berfikir seperti orang yang tidak berilmu, apa beza antara perjuangan mereka dengan perjuangan pihak yang menjerit jerit di jalanan?

Adakah ini patut digelar sebagai seorang mahasiswa? Berpolitik tidak salah jika kena dengan caranya, tapi jangan jadikan isu ini sebagai platform untuk anda menentang pemimpin negara yang Islam dan masih memelihara agamanya. Tidak perlu menghuru-harakan negara dan tersenyum bangga dengan tindakan yang dilakukan. Mengenai isu yang terjadi pada malam tahun baru di depan UPSI semalam, saya sendiri tidak menyalahkan pihak polis yang berusaha untuk bekerjasama dan terang lagi bersuluh polis sudah memberitahu awal-awal lagi kepada wakil pelajar disitu dimana mereka diberikan tempoh 15 minit untuk mereka suarakan isu mereka dan seterusnya bersurai. Tapi kenapa degil sekali sehingga perlu memanjat pagar? Kenapa sekali perlu baring di jalanan? Mahasiswakah mereka? Berdemo menggunakan emosi sehingga otak ditolak ketepi? Adakah tugas polis hanya perlu memerhati bila terjadi ‘aksi’ begitu? Disebabkan itu polis bertindak menarik pelajar yang memanjat pagar tersebut, tetapi tindakan itu dihalang oleh ‘penyokong-penyokong tegar’ mereka".

Tugas polis asalnya untuk memelihara dan menjaga keamanan negara, tapi jika terjadi perkara sebegini ia satu tindakan yang bijak bila polis bertindak menyuraikannya. Berjuang atas platform demokrasi hak kebebasan bersuara bukan begini wahai sekumpulan minoriti bergelar mahasiswa. Lihat negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi, mereka tetap dihalang malah dipukul tanpa belas kasihan oleh polis apabila cuba menghuru-harakan negara. Satu pujian saya rasa untuk PDRM yang berjaya menghalang daripada berlaku perkara yang tidak diingini malam tadi. Saya tegaskan di sini, suara anda (Adam Adli) bukanlah mewakili suara majoriti mahasiswa di Malaysia!. Suara anda tindakan anda (Adam Adli) tidak menggambarkan langsung personaliti yang ada pada seorang mahasiswa yang berilmu!. Kami bukan mahasiswa yang membuat tindakan yang mengikut emosi melebihi pemikiran rasional."


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bebas yang sebenar adalah apabila kamu semua belajar dengan aman tanpa sebarang gangguan..bukan tepekik terlolong macam 'beruk' dan baring atas jalan berlakon jadi tar..

1 ulasan:

  1. Lain kali jika ada apa2 demo, pihak polis janganlah terlibat langsung.
    Biarkan saja mereka berdemo.
    Pihak polis tak perlu susah2 nak mengawal.
    Biarkan saja majoriti rakyat yg akan mengambil tindakan terhadap mereka yg merusuh.
    Kita nak tengok apa akan jadi?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk