28/01/2012

TPM Gegar Tengku Adnan Di Putrajaya Bersama Raja Nong Chik!








PUTRAJAYA 27 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin di Presint 8 di sini.

Beliau yang tiba di perkarangan surau pada kira-kira pukul 1.10 tengah hari terus memasuki barisan hadapan ruang solat, selepas bersalaman dengan ramai para jemaah yang menyambut ketibaannya.

Turut kelihatan ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Khutbah Jumaat yang bertajuk ”Rakyat Bersatu Wilayah Persekutuan Maju” disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Selesai solat, Muhyiddin menyertai orang ramai di kawasan perumahan itu, ke khemah di padang bersebelahan surau untuk majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya meninggalkan majlis untuk ke Pejabat Umno Bahagian Putrajaya bagi sesi sidang media seterusnya ke Bukit Puchong, bagi program berikutnya. — BERNAMA
 
Baca Selanjutnya Di [Putrajaya-Online] dan [Double-Y]

K7L : TPM dah mai Putrajaya..jadi jentera parti di Putrajaya harus berada dalam kesiapsiagaan yang penuh bagi menghadapi PRU13..InsyaAllah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk