"Sudah terang dan bersuluh, HIMPUN ini tidak lebih dari kuda tunggangan UMNO. Ia bukan untuk memerangi murtad, ia bukan untuk memerangi Kristianisasi. Ia adalah semata-mata untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat serta memaksa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Saya rasa seolah-olah Cikgu Azmi TERAS ni dah kena beli dgn UMNO. Si Yusri ni kita memang dah maklum ajen UMNO. UMNO Selangor sudah isytihar akan menghadziri perhimpunan tu."
Tulang Besi
Masih ingatkah pembaca dengan kenyataan dangkal tersebut?. Keris memang sudah lama perhatikan blogger 'buangan' PAS ini. Masih belum terlambat rasanya untuk menunjukkan bukti kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO tidak terlibat sama sekali dalam menganjurkan HIMPUN. Pembaca boleh dengar apa yang disampaikan oleh Dr Hasan Ali melalui video dibawah :
Buat pengetahuan pembaca ketika video tersebut dirakam pada 17 Oktober 2011, Dr Hasan Ali masih lagi memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Mengikut kronologi yang ditulis oleh blogger Sinis Malaysia :
3-8-2011 : Siasatan ke atas premis DUMC oleh JAIS dilaporkan sewaktu bulan ramadhan tersebut dan seramai 12 individu telah disoal siasat.
5-8-2011 : Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memohon maaf kepada DUMC bagi pihak kerajaan negeri atas insiden di DUMC tersebut.
10-8-2011 : Dimaklumkan bahawa satu siasatan tertutup akan dilakukan dan keputusannya akan diserahkan kepada DYMM Baginda Sultan Selangor. Namun, tiada sebarang makluman telah diperdengarkan dengan alasan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemelut DUMC terus berkecamuk dengan pelbagai peristiwa termasuk penggantungan Prof. Aziz Bari dan kebangkitan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menutupi kes DUMC.
17-10-2011 : Krew KRITISONLINE menemuramah YB (Dato’) Dr. Hasan Ali di pejabatnya, di Bangunan SUKK Shah Alam.
22-10-2011 : HIMPUN berlangsung di Stadium Shah Alam.
Kenapa Keris pilih video Dr Hasan Ali sebagai bukti?. Kerana jiwanya masih lagi PAS dan masih belum cukup kuat untuk beliau masuk UMNO. Apapun nilai sendiri yang mana Kaca dan yang mana satu Permata.
K7L : Agak-agak si Tulang Besi nak 'spin' apa pulak lepas ini?.
0 ulasan:
Post a Comment