21/01/2012

MalaysiaKini Mungkin Akan Disaman @tunfaisal?




Tun Faisal menjawab fitnah oleh portal Malaysiakini:

Semalam selepas forum Budi Bicara Twitter Jaya, wartawan Malaysiakini, The Sun dan sebuah akhbar lagi telah menemu ramah saya mengenai perang siber dan cybertroopers UMNO. Malangnya semangat Budi Bicara Twitter Jaya tidak dihayati dengan baik menyebabkan kenyataan saya dilapor secara salah dan diambil di luar konteks.

Malaysiakini menulis -

"Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."

Seingat saya, kenyataan saya adalah seperti di bawah;

Pertama, saya menyatakan dengan jelas bahawa Parpukari dan Papagomo adalah `independent bloggers' (blogger bebas) dan kita tidak boleh meletakkan sebarang syarat dan peraturan ke atas mereka kerana mereka bukan jentera parti. Saya ada maklumkan juga bahawa jangan kita mengikat perbincangan kita dengan sebarang nama tertentu.

Kedua, saya hanya boleh menetapkan syarat dan peraturan kepada jentera parti, seperti mereka yang berada di dalam Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO; tetapi akhirnya sebagai blogger dan cybertroopers mereka mungkin ada pendirian mereka sendiri kerana mereka tidak memasuki alam siber kerana mereka mahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di internet.

Jadi konteks yang betul mengenai kenyataan "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," adalah ""Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal (independent blogger seperti) mereka?."

Ketiga, sebagai independent bloggers dan cybertroopers yang bukan jentera parti mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan jentera parti. Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?



Macam mana la kita nak berbaik-baik dan berbaik sangka di dalam alam siber kalau macam ni?

Sumber : 1peluru

K7L : Fitnah ini sengaja mahu melagakan UMB dengan Papagomo dan Parpukari..mereka dah takut dengan kekuatan kumpulan-kumpulan media baru dalam UMNO?

1 ulasan:

  1. kurang asam punya Malaysiakini... tak pasal2 dah buat dosa kering meremehkan Tun Faisal... mohon maaflah sir, dah terkhilaf mengutuk... adat manusia ni cepat sangat baran... hati geram sangat apatah lagi bila terjeling muka peliwat! sepatutnya lebih berhati-hati, dah tahu perangai pembangkang yang kaki spin ni pun masih boleh tertipu, apatah lagi kalau yang tak tahu! hmmm, (pondering) no wonder lah

    apapun, semua jentera/blogger samada bebas ataupun yang memang 'grouped' perlu berusaha dgn lebih gigih dan bersatu-padu walau lain aliran demi menjamin Malaysia tidak jatuh ke tangan pembangkang yang hanya akan menghancurkan kita semua...

    ada ramai silent supporter dibelakang anda, walaupun saya tidak condong kepada mana-mana parti politik, saya sayangkan Malaysia dan sedar dalam keadaan semasa, kuasa pembangkang yang didalangi oleh DAP, PKR (anwar & the gang), ambiga dan anasir luar (pro-yahudi) hanya akan merundumkan Malaysia....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk