08/01/2012

Hasan Ali Gembira Dipecat? - Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.


YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali

ADUN Gombak Setia

8 Januari 2012


Keris sudah jangka perkara ini berlaku dalam tahun ini namun tidak sangka ia secepat hari ini. Mungkin kerana beliau berkata tidak mahu menyokong Perhimpunan bebasAnwar901. Tidak mengapalah, namun Keris sarankan Dr Hasan Ali teruskan perjuangan Islam.


Melihat pada pemecatan beliau, Keris melihat tidak ada lagi pejuang yang benar benar mengikut wasiat Ustaz Fadzil Noor.


K7L : Orang pertama yang melompat mesti Khalid Samad!


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 ulasan:

  1. bukan setakat khalid samad je melompat..ambiga..azmin ali dan anwar terlompat2 macam beruk kena belacan

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk