Keris terbaca satu sajak tulisan saudara Anuar Mohd Nor dan berasa terpanggil untuk berkongsinya didalam artikel Keris. Berbicara tentang politik, kuasa, keadilan dan sebagainya telah berjaya disiratkan menjadi persoalan. Terjemahan disebalik setiap bait-bait akan menimbulkan satu fenomena minda baru dalam kefahaman 'Apa itu politik?'.
Aku Benci
Aku benci mendengar politik bicara kemanusiaan
Aku benci mendengar politik bicara nilai kehidupan
Kerana aku benci politik bersempadankan kepalsuan
Aku benci mereka yang sentiasa benar kerana genggaman kuasa
Aku benci mereka yang sentiasa benar kerana wang yang ditabur
Kerana aku benci kekuasaan yang jadi penentu keadilan
Kau tidak pernah tahu kesengsaraan
Kau tidak pernah tahu kehinaan
Kau tidak pernah tahu erti kesyukuran
Kau tidak pernah tahu apa erti kemiskinan
Aku benci jiwa-jiwa sial yang lupa pada diri
Aku benci jiwa-jiwa celaka yang mahu menjadi tuhan di dunia ini
Aku benci jiwa-jiwa kosong yang mahu menguasai
Aku benci manusia yang tidak ada menghargai nilai kemanusiaan
Tuhan kau sedarkan mereka – supaya tidak lopong aku mengertikan kehidupan ini
K7L : Dalam yang tersurat pasti ada yang tersirat..dalam yang tersirat akan timbul seribu satu terjemahan..
tuan blog... minta izin share ya... :)
ReplyDelete