Laporan http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/stay-away-from-wilayah-mosque-on-jan-9-pekida-perkasa-warn-pkr/ mengatakan bahawa PEKIDA dan PERKASA memberi amaran kepada mereka yang hadir pada 9hb Januari 2012 untuk menjauhkan diri dari Masjid Wilayah dan mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya pertembungan berlaku.
TAHNIAH – NGO Melayu PERKASA DAN PEKIDA, satu tindakan yang bakal menyatukan Melayu agaknya kepada mereka. www.umno-reform2.com lebih selesa dengan keputusan Polis untuk membenarkan mereka yang mahu menjalankan perhimpunan BEBAS asal tidak mengganggu orde awam. Ini mungkin hasil dari penelitian keputusan mereka sewaktu BERSIH 2.0 sebelum ini.
Maka untuk 9hb Januari 2012, kita akan lihat PERKASA – NGO yang mengambil nama Melayu dan PEKIDA yang mengambil asas Islamiah mahu melakukan provokasi. Perlu dimaklumkan bahawa, setakat dimaklumkan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi , menggesa ahli UMNO tidak terbabit dalam mana-mana NGO mahu mencetuskan provokasi antara Melayu.
Keris ingin menyatakan pendirian Keris mengenai perhimpunan yang akan diadakan pada 901 nanti. Keris merasakan tidak perlu sebenarnya perhimpunan tersebut dilaksanakan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan positif kepada mana-mana pihak. Berkenaan dengan adanya cabaran daripada NGO, sebenarnya Keris juga bersependapat dengan penulis UMNO-REFORM2 yang menempelak tindkan kedua NGO terbabit.
Tidak ada keperluan untuk sengaja 'bertembung' sebaliknya biarkan sahaja mereka berhimpun dan membiarkan diri mereka terus ditipu dan dipergunakan. Bagi jentera UMNO, dengarlah gesaan Naib Presiden, Dato' Seri Zahid Hamidi supaya tidak terbabit dengan perhimpunan tersebut. Harus diingat hanya orang gasar dan tidak matang sahaja yang suka pada demonstrasi jalanan.
K7L : Keris nak tengok betul ke mereka MAMPU mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan pihak polis?
UMNO Reform tu trojan horse PKR
ReplyDelete