“Saya mempunyai satu pendapat kerdil berkaitan agenda perhimpunan bebasAnwar901 ini. Bagi saya segala rancangan perhimpunan ini adalah tak lain tak bukan hanyalah semata-mata untuk membebaskan dan membantah tindakan mahkamah terdap DSAI walhal kita semua maklum bahawa makhamah belum pun memutuskan apa-apa hukuman berkaitan kes tersebut. Secara tuntasnya dapat kita rungkaikan bahawa mereka sebenarnya cuba mencemari kesucian dan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan negara yang tercinta. Saranan saya kepada mereka yang akan dan ingin melibatkan diri untuk pehimpuanan haram pada 901 nanti, supaya hentikanlah dan tolong hargai keamanan dan tatacara hidup bermasyarakat didalam negara ini."
“Sangat sukar untuk digambarkan melalui kata-kata kerana kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara di Malaysia. Dengan menggunakan alasan mahu membantah dan mendesak pihak mahkamah membebaskan Anwar, mereka cuba untuk mengheret rakyat dalam gerakan mereka. Saya juga rakyat Malaysia dan saya menolak sebarang perhimpunan haram. Salah tetap salah, itu prinsip yang harus dipegang jika berbicara dalam konteks keadilan. Pada saya, haq akan datang kemudiannya bathil akan jatuh. Tunggu keputusan mahkamah dan harus terima segala keputusan bukan turun berhimpun. Harus diingat Malaysia bumi berdaulat, negara demokrasi yang punya perlembagaan yang kuat. Jangan membuat keputusan mengikut emosi, kelak ia binasa diri."
K7L : #SalahTetapSalah
Haider Yutim :
“Tidak habis-habis dengan protes. Tidak habis-habis dengan melaungkan
sesuatu yang tidak nyata. Bak kata pepatah melayu umpama anjing menyalak
bukit. Apa natijahnya? Bukit tidak bergerak hatta seinci pun, anjing
pula kehilangan suara. Ini ialah di antara acara-acara 'hiburan' untuk
pemerhati politik dalam dan luar negara. Bagi rakyat malaysia yang
berpegang teguh dan menyokong tunjang belakang kerajaan malaysia - Datuk
Seri Najib Razak dan para menterinya, 901 merupakan salah satu
'salakan' yang tidak mungkin boleh didengari.
Di dalam Pakatan, di antara 3 pakatan berantai itu, Parti Keadilan merupakah satu 'beban' yang perlu digalas oleh pendokong pakatan. Apa sahaja isu yang diketengahkan oleh keadilan? Bilangan kerusi dimenangi pun boleh dikira dengan sebelah tangan. Majoriti kemenangan juga amat nipis. Boleh disimpulkan bahawa acara-acara jalanan inilah merupakan portfolio mereka. Dimulakan dengan BERSIH, ketua parti DSAI begitu lantang melaungkan sokongan. Tidak mengukur baju di badan sendiri, mereka memburukkan lagi keadaan dengan menyalahkan kerajaan untuk setiap insiden yang berlaku dlam 'perjuangan' mereka. 901 adalah salah satu 'perjuangan' yang jika dipandang dari satu sudut, sesuatu yang amat menggelikan hati. Mengapa saya berkata begitu?
Merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh naib presiden pkr, azmin ali, PKR berikrar untuk berusaha menunjukkan kekuatan dan sokongan padu dengan mengumpulkan ratusan ribu penyokong mreka ketika hari keputusan perbicaraan kes liwat DSAI. Mereka merasakan bahawa tindakan itu boleh menyingkap ketempangan sistem penghakiman seperti yang telah dipropaganda oleh mereka. Ingin dinyatakan di sini bahawa perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan pada pihak mereka kerana sudah terang lagi bersuluh mereka ingin mencabar undang-undang dengan tidak memohon permit. Alasan yang diberikan ialah mereka yakin tidak akan mendapat kelulusan permit. Ia adalah satu kedangkalan yang ketara dan ia memberi palitan buruk terhadap sokongan dan komposisi parti itu sendiri.
Segala apa yang dilakukan oleh PKR dan parti pembangkang tidak mendatangkan kudis kepada Umno dan BN kerana kerajaan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk rakyatnya. Ini adalah aksi-aksi dangkal untuk persediaan meraih undi dari pihak pembangkang. Jika difikir secara logik, jika mahu mendapat tempat di hati rakyat, seorang ketua perlu membuktikan dirinya sebagai seorang yang berkredibiliti tinggi, tegas dan melindungi rakyat. Bukan seorang yang mahu melanggar undang-undang untuk kepentingan peribadi.

#901
SALAH
TETAP SALAH
SALAH
TETAP SALAH
0 ulasan:
Post a Comment