11/01/2012

Tahniah @PDRMsia Kerana Berjaya Ketika #bebasAnwar901 - @HishammuddinH2O



KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI DALAM NEGERI

Selasa, 10 Januari 2012



Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam.

Komitmen dan kerja kuat seluruh anggota sejak beberapa hari lalu dalam membuat persiapan serta bertugas 24 jam jelas telah memberikan hasil yang memuaskan. Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Standard Operation Procedure (SOP) mengikut pendekatan baru ini.

Dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan ini dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam.

Walaupun berlaku letupan tiga bom semalam, namun anggota polis kita telah mampu mengawal keadaan dengan baik. Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut.

Saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

Sekian.




Keris juga secara peribadi menyatakan terima kasih kepada pihak polis kerana mengawal pendemo daripada mendekati kami yang hadir sebagai media. Terasa selamat bila mereka sentiasa berlegar-legar dan menyelia keadaan.

Entah mengapa mereka masih memburukkan imej pihak polis sedangkan khidmat dan pengorbanan mereka lebih besar daripada kita. Mereka tinggalkan anak isteri sejak awal pagi semata-mata untuk mengawal perhimpunan tersebut. Kena hargai setiap pengorbanan mereka dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.


K7L : Syabas KDN dan PDRM!


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk