06/01/2012

Menjelang #901 - Akhbar Cina - Anwar Dah Tahu Dipenjarakan?


Sinchew Daily News
Perkara: wawancara khas Anwar Ibrahim-Sinchew Daily News?
Ruangan: dalam negeri m/s 03
Tarikh: 4 Januari 2012 (Rabu)
 
Tajuk I: “Sudah buat persedian yang terburuk”

Jika Anwar Ibrahim dipenjarakan akan umum penggantinya Pakatan Rakyat bukan dipimpin oleh satu pemimpin parti, Pakatan Rakyat dipimpin secara bergabung, polisi Pakatan Rakyat juga bukan untuk satu parti, dimana semua polisi perlu dipersetujui oleh PKR , DAP dan Pas’

Laporan khas Sinchew 

3hb Petaling Jaya, penasihat umum PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau telah membuat keputusan yang terburuk apabila tersabit isu skandal didapati bersalah di mahkamah, Pakatan Rakyat juga telah membuat persediaan, termasuk jika beliau dipenjarakan, PKR akan umumkan siapa pengganti pemimpin Pakatan Rakyat.

Anwar berkata: “kita telah bincangkan beberapa kemungkinan yang akan berlaku, jika saya dipenjarakan, pemimpin Pakatan Rakyat yang lain akan umumkan siapa pemimpin mereka.” Menanggung “lelih banyak buruknya daripada kebaikan” Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat bukan dipimpin oleh satu parti, ia adalah dipimpin secara bergabung, polisi Pakatan Rakyat juga bukan ditentukan oleh satu parti, semua polisi perlu mendapat persetujuan dari PKR, DAP dan Pas.

“ada sesetengah orang kata Anwar Ibrahim memimpin Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak, kerana kita adalah dalam satu pasukan yang bekerjasama, apa-apa keputusan yang kita buat, perlu mendapat persetujuan dari Lim Kit Siang dari DAP dan Hadi Awang dari Pas. Semasa Anwar Ibrahim ditemu ramah khas oleh wartawan Sinchew Daily News, beliau berkata, PKR tidak akan kerana beliau dipenjarakan akan bermasalah; beliau menegaskan, pengerusi PKR Datin Seri Wan Azizah dan Naib pengerusi Azmeen akan terus memimpin PKR, memperjuagkan parti.

“tidak kira apa yang akan berlaku, tugas-tugas sepatutnya diteruskan, perjalanan demokrasi dan perubahan undang-undang perlu diteruskan dan dimajukan, saya percaya perubahan itu akan berlaku.” Beliau hadapi skandal sodomi kali kedua, beliau berkata beliau terharu terhadap sokongan semangat dari keluarga, terutama sekali sokongan secara senyap dari isterinya Wan Azizah.

Keluarga Adalah Tiang Sokongan Yang Paling Besar

“dua hari lepas, kami sekeluarga berkumpul. Saya bernasib baik kerana ada sebuah keluarga yang menyokong saya, ini adalah tiang sokongan yang paling besar buat saya.” Apabila sebut tentang Wan Azizah, Anwar Ibrahim yang selelunya kelihatan dengan muka yang serius sebaliknya mempaparkan wajah yang tersenyum. Beliau mempertahankan Wan Azizah; beliau berkata walaupun isterinya jarang tunjukkan muka dan bersuara ataupun membuat kenyataan di luar, tetapi isterinya sentiasa di Ibu Pejabat parti uruskan kerja-kerja parti, bekerja 4 hingga 5 hari seminggu, sangat bertanggungjawab.

“Wan Azizah juga menghadiri mesyuarat parti dan ambil bahagian dalam keputusan-keputusan parti. Saya pula kerana selalu berada di luar berceramah, sebab itu keluarga saya lebih memahami saya.”

Tajuk II: Dingin Melihat Kritikan

Simpati Petra Kerana Diperguna Oleh UMNO


Apabila sebut tentang blog Raja Petra baru-baru ini menghentam beliau, Anwar kelihatan agak tenteram, beliau simpati pada Raja Petera kerana menjadi langkah catur UMNO untuk menyerang beliau. Beliau anggap tujuan Raja Petra menghentam beliau itu, supaya BN mendapat sesuatu kelebihan, termasuk dapat mengizinkan beliau kembali ke tanah air.

“saya fikir beliau sangat menginginkan kembali ke tanah air, kritikan beliau terahadap saya, saya tidak marah; tetapi sikap Raja Petra berubah 180 darjah, menyokong perdana menteri Najib dan Isteri, itu yang buat saya rasa bengang.”

Anwar berkata beliau tidak pandang kritikan Raja Petra, selain daripada akhbar Utusan Malaysia, ahli komponen BN, MCA dan Gerakan, ramai orang kelihatan dingin terhadap kata-kata Raja Petra.

K7L : Baca dan nilai sendiri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk