16/01/2012

Zurihan Berbicara Mengenai Pemuda Kuala Langat?


Semalam Keris berada dikawasan Kuala Langat untuk bersiar-siar dan menghubungi rakan untuk ajak lepak minum. Namun sebaliknya Keris telah dijemput untuk membuat pertemuan empat mata dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat merangkap Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Perhubungan Negeri Selangor, Saudara Zurihan Yusop.


Alang-alang sudah sampai, maka Keris terima ajakan tersebut dan mengambil kesempatan yang ada untuk menemuramah beliau bagi mengupas beberapa persoalan. Ikuti dialog diantara kami berdua :

Keris : Apakah langkah yang akan dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat didalam persiapan mengahadapi PRU13 yang akan datang?

Zurihan :
Kami di peringkat Pemuda UMNO Bahagian telah mempersiapkan jentera dengan beberapa kursus latihan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang dimana terdapat dua jentera telah kami bentuk. InsyaAllah keberkesanan jentera diatas latihan yang kami hadiri akan dipraktikkan menjelang PRU13 kelak. Bekrata dari segi khidmat masyarakat pula, kini kami sedang berada didalam proses bagi melaksanakan program-program di Pusat Daftar Mengundi (PDM) seluruh kawasan Parlimen Kuala Langat secara 'total' dan Alhamdulillah, lebih daripada 50% daripada pelaksanaan telah dijayakan. Sasaran kami adalah untuk mendekati golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah.


Keris :
Boleh beritahu saya program apa yang telah dilaksanakan oleh Pemuda Kuala Langat sehingga kini?

Zurihan : Antara program yang telah kami laksanakan adalah seperti pertandingan sukan, program gunting rambut bagi anak-anak sekolah, servis motor percuma untuk masyarakat berpendapatan rendah dan banyak lagi program yang terlaksana dan akan dilaksanakan.


Keris : Saya mendapat aduan daripada beberapa orang mengenai UMNO Kuala Langat yang kelihatan seakan 'lesu', apa pendapat saudara?

Zurihan :
Bercakap tentang kelesuan, dari sudut mana mereka bertanya? Samada individu ataupun dalam satu kelompok?. Pada pendapat saya, mungkin mereka yang membuat aduan kepada saudara Keris datang daripada beberapa individu yang citarasanya tidak dipenuhi. Maklumlah berapa ribu penduduk di Kuala Langat, sudah tentu banyak ragamnya namun kami daripada sayap Pemuda Kuala Langat tetap akan cuba membantu setakat mana yang kami mampu.


Keris : Berkenaan dengan angin politik di Selangor, Saudara boleh beri sedikit gambaran keadaan pihak pembangkang terutamanya di Parlimen Kuala Langat?

Zurihan : Saya melihat mereka juga bergerak aktif dalam memenangi hati rakyat kerana situasi politk mereka sudah kucar-kacir tidak kira daripada dalaman mahupun luaran. Namun begitu, biarpun kini mereka sedang rebah, Pemuda Kuala Langat tidak akn memandang rendah kepada mereka sebaliknya kami akan lebih agresif dan lebih cepat daripada mereka agar P112, N51 Sijangkang dan N52 Telok Datuk berjaya ditawan semula dan N53 Morib dipertahankan.



Keris : Penerangan mengenai isu-isu kepada masyarakat luar bandar di kawasan Kuala Langat, bagaimana Pemuda Kuala Langat menyampaikan maklumat?

Zurihan : Kami telah berusaha untuk menyampaikan sebarang maklumat baru berkaitan beberapa isu melalui perjumpaan kedai kopi, pemberian 'flyers' dan ceramah umum. Selain itu saya merasakan masih ada sesetengah masyarakat yang akan membaca blog-blog pro BN sebagai rujukan.


Keris : Bicara tentang Media Baru, apa pandangan Saudara Zurihan?

Zurihan : Pertama sekali saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger-blogger pro BN yang bertungkus-lumus berjuang di alam maya. Bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi penyampai maklumat secara tepat dan kolektif namun melalui Media Baru ia menjadi sangat berkesan. Media Baru juga merupakan satu elemen penting dalam peperangan psikologi terhadap pembangkang. Terima Kasih kepada saudara Keris dan pihak UMB Malaysia yang sudi bersembang politik dengan saya.


Keris : Maaf, soalan terakhir daripada saya. Apa pendapat Saudara mengenai Kes Liwat II ?

Zurihan : Ianya mudah, kes yang berlaku adalah kes peribadi diantara Anwar Ibrahim bersama Saiful Bukhari Azlan. Dimana kes tersebut tidak ada kena-mengena pun dengan UMNO/Barisan Nasional. Rakyat telah dikelirukan dan diheret bagi membela dirinya menentang kes liwat tersebut. Apapun rakyat harus sedar kes tersebut adalah kes peribadi diantara dua manusia, bukan individu dengan parti.


Keris : Terima kasih saudara Zurihan kerana berupaya meluangkan masa dengan saya. Semoga Pemuda Kuala Langat terus kukuh dalam visi dan misi pada PRU13 nanti.

K7L : Saudara Zurihan memang sempoi dan seronok berbual dengan beliau. 'Mesra Rakyat'..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk