22/01/2012

[Video] Air Kotor Membawa Ke Syurga? #SaveKelantan



Kata Gelombang Kick : 


Diatas tanggungjawab sebagai seorang insan kepada insan, GK mengambil pendekatan ini sekadar memberi renungan buat masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan.

Sungguhpun begitu tanpa pengalaman didalam bidang pengambaran diharap ianya dapat memberi mesej kepada pihak berwajib supaya menyelesaikan isu air ini dari membebani rakyat.

Biarlah bicara sopan itu dimengerti, jangan sampai kebiadapan pula yang dipertaruhkan, rasa kurang senang mereka samalah juga dengan rasa kurang senang dari apa yang dialami oleh sebahagian besar rakyat di negeri bertuah Kelantan Darul Naim...

Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya...



Kata Double-Y :

Kalau tengok video ini saya cukup faham apa masalah yang dialami oleh penduduk di Kelantan ini, mungkin ada yang akan kata ini semua propaganda UMNO untuk burukkan imej Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

Namun hakikatnya inilah realiti di Kelantan, masih banyak rumah di sekitar Kelantan bergantung sepenuhnya kepada air telaga yang disedut menggunakan mesin.

Jika tidak mampu membeli mesin alamak terpaksalah menimba secara 'manual'.

20 tahun PAS memerintah, usahkan kata pembangunan. Bekalan air sempurna pun sehingga kini masih gagal mereka laksanakan. 


Kata Keris 7 Lok :

Itulah kata dua orang blogger tersohor yang lahirnya mereka di Kelantan. Dahulu Keris pernah bertanya kepada seorang rakan yang berasal di Kelantan dan rumahnya di Machang tentang apa yang berlaku di Kelantang dan beliau membalas mengatakan perubahan perku dilakukan di Kelantan agar anak muda disana terus maju dan tidak terkongkong dalam suatu ajaran 'pemikiran sempit' yang diterapkan sejak kecil. Dia juga mahukan rakyat Kelantan menerima segala kemudahan yang baik terutama daripada segi prasarana pembangunan.

Keris melihat ramai rakyat Kelantan sudah mula sedar kemajuan akan dapat sekiranya mereka memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah kerajaan negeri. Lihat sahaja dengan kemajuan drastik yang berlaku kepada pasukan bolasepak Kelantan FC. Apapun kami hanya mampu menyampaikan pendapat dan sebarang perubahan harus dilakukan oleh rakyat Kelantan sendiri.

K7L : Selamatkan Kelantan dari terus menjadi mundur!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk