China Press
Perkara:
remeh temeh Tun Mahathir?
Ruagan:
kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh:
22 November 2011 (Selasa)
Tajuk:
kekeliruan
Mahathir tidak habis-habis
penulis: Kim Ting / nasi04@yahoo.com.sg
Bekas perdana menteri kita Tun
Mahathir pernah menyandang jawatan perdana menteri lebih 20 tahun, menyebabkan
beliau rasa bangga diri, dan sangat rasa yakin kepada diri sendiri, sebab itu
walaupun beliau sudah bersara sejak beberapa tahun ini, masih tidak henti-henti
bersuara tentang isu remeh-temeh, seperti beliau mahu setiap rakyat di Negara
ini dengar cakap beliau, termasuk perdana menteri sekarang Najib. Mahathir lupa
bahawa beliau bukan menteri kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih
tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.
Seorang tua dan sudah berumur, buah
fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah
lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak
mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika
sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik,
kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.
Contohnya, baru-baru ini beliau
mengingatkan Barisan Nasonal, BN tidak boleh hanya mengharapkan tiket-tiket
undi dari orang-orang Cina, jangan asyik memberi kepuasan kepada kemahuan
orang-orang Cina, memang benar apa yang beliau katakan itu, kerana penduduk
kaum Cina hanya menduduki 23 peratus di Negara ini, orang-orang Melayu lebih
daripada separuh banyaknya, dan orang Cina tiada sebab untuk mempengaruhi
keputusan PRU, sedangkan waktu ini orang-orang Melayu sudah berpecah-belah,
barulah mereka lihat tiket-tiket undi dari kaum Cina, apabila UMNO melalui
tiket- tiket undi orang-orang Melayu sudah boleh memerintah kerajaan, kenapa
pula mahu ambil perhatian terhadap tiket undi kaum Cina?
Tukar
Sikap Pengundi
Tun Mahathir berkata, “di kebanyakan
kawasan Cina yang berpecah-belah, tiket undi Melayu memainkan peranan penting”,
jika orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong BN, jika benar perkara itu
berlaku, sudah tentu ini satu perkara yang amat dasyat. Dan apa sebenarnya yang
telah berlaku sekarang ini, Mahathir juga mencadangkan tidak boleh adakan PRU
dalam masa terdekat, BN perlu penuhkan tempoh tamat penggal PRU terlebih
dahulu, Mahathir berharap dalam tempoh itu BN dapat mempengaruhi semula semua
sikap pengundi.
Mahathir memberi mesej bahawa ada
orang-orang yang bercakap tentang “orang Cina sebagai penumpang” itu semuanya
benar, sebaliknya kenapa isu itu menerima kritikan. Dengan itu beliau mahu orang-orang Melayu huraikan
perkara yang sebenar, kenapa Negara ini dinamakan Malaysia. Di sini mungkin lebih ramai orang akan
berkata bahawa Mahathir sudah semakin keliru. Nama itu hanya satu Simbol,
adakah ia melambangkan kuasa yang ada sekarang? Kaum lain terima nama Negara
ini, ia melambangkan bahawa mereka bersikap terbuka menerima apa yang ada. Adakah
beliau sanggup dengan nama Negara ini menyebabkan rakyat Negara ini tidak
bersatu padu?
Seterusnya Mahathir berkata lagi:
“ada orang mengatakan BN tidak tolong orang-orang Cina, sebaliknya kekayaan
orang Cina berlipat kali ganda dari orang-orang Melayu”, ini bukan kali pertama
Mahathir mahu orang-orang Melayu jangan iri hati terhadap kekayaan orang-orang
Cina, tetapi mereka tidak faham bagaimana orang-orang Cina bertungkus lumus
mencari rezeki dan kekayaan, ia bukan dari pemberian kuota dari pihak kerajaan
ataupun hasil ikatan kontrak dari kerajaan.
Tun Mahathir adalah bekas perdana
menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu
buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah
beberapa orang setiausaha untuk itu?
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Semua orang sayang Mahathir tidak kira bangsa..mengapa perlu ada anasir yang memperlekehkan beliau?..apa agenda penulis artikel ini?
0 ulasan:
Post a Comment