20/12/2011

:: Adam Adli :: Bongkak :: Pendapat K7L :: Pendapat Seorang Guru ::


:: Adam Adli ::

Nama sebenarnya adalah Adam Adli Bin Abdul Halim dan merupakan pelajar di universiti kerajaan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dia kini berada didalam semester 5 tahun 3 mengambil Jurusan Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Tesl). Adli ini dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap tindakan biadap dengan menurunkan bendera yang memaparkan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia y
ang juga merupakan Presiden UMNO dan menukarnya dengan bendera 'Kebebasan Akademik'. 



:: Bongkak ::

Lihat sahaja gaya dan kenyataan dia. Penuh dengan sifat bongkak dan tinggi diri sekaligus tidak melambangkan ciri-ciri seorang pendidik yang bagus. Persoalan yang timbul, siapa yang mengajar dia untuk menjadi begini?. Terdapat anasir luar yang meracuni pemikirinnya?. Siapa dibelakangnya?




:: Pendapat Keris 7 Lok ::
Keris meihat masalah Adam Adli ini sebenarnya satu masalah yang besar kerana ia sendiri membawa nama 'Mahasiswa' dan UPSI. Tindakan biadap dia mengetuai 'penurunan bendera' itu menunjukkan tahap moral dirinya yang rendah dan biadap.Secara tidak langsung dia telah memberi satu persepsi negatif kepada pengajar UPSI sendiri.

Sekiranya wujud lebih ramai manusia 'kurang ajar' seperti Adam Adli ini didalam pengajian sektor pendidikan, maka jangan terkejut jika suatu hari nanti anak-anak kita juga berani menurunkan bendera Malaysia dan menggantikannya dengan bendera 'Facebook' hanya kerana mereka tidak boleh online di makmal komputer sekolah!. Nampak seperti sesuatu yang lucu namun apa yang ingin Keris tekankan adalah sikap manusia seperti Adam ini tidak layak menjadi pendidik kepada generasi akan datang.

Pesanan Keris kepada Adam Adli :

Saudara punya nama yang amat baik iaitu 'Adam' yang juga empunya nama kepada manusia pertama yang tinggi darjatnya dalam ciptaan Allah. Tunjukkanlah moral yang baik, bukan biadap seperti itu. Mungkin saudara rasa tindakan itu benar namun ia sememangnya tidak memberi satu contoh yang baik pun lebih-lebih lagi kepada generasi muda dan yang akan datang.

Mahu minta maaf atau tidak itu hak saudara namun kena ingat, apa yang saudara buat itu memang salah! Harus bertanggungjawab jika betul anak MELAYU!

:: Pendapat Seorang Guru ::

Tertarik dengan satu komen pada blog saudara Mazidul Akmal :

Sebagai generasi guru senior, saya bimbang dengan generasi guru akan datang. Jika bakal guru seperti ini yang bakal dilahirkan oleh UPSI, bagaiaman pula acuan terhadap muridnya nanti?

Saya sendiri sudah membaca postingnya di fb, malah meneliti video ucapannya di Youtube,..Dan kesimpulannya dia terperangkap dalam dunia reformasi yang menuntut perjuangan yang tampak kabur.. Satu daripada ucapannya, menidakkan perjuangan golongan berusia seperti Onn Jaafar.

Bagi saya, dia dipergunakan sebaiknya oleh ahli politik seperti Chegubard dan yang sealiran. Malah, dia bertegas untuk tidak meminta maaf atas perbuatannya.

Tidakkah itu sudah cukup menjelaskan betapa kurang ajarnya Adam Adli ini?



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Siapa sebenarnya orang yang perlu bertanggungjawab dalam kes kurang ajar Adam Adli ni? Siapa dibelakang Adam Adli?

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk