بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Blogger Shizone ada menyenaraikan 10 ciri-ciri 'Winnable Candidates' bagi menghadapi PRU13. Keris kongsi bersama pembaca di sini :
1. Berpelajaran dan berpengetahuan luas akan isu-isu semasa dan kebajikan.
Trend pengundi mahukan wakil rakyat mereka berpelajaran dan berpengetahuan. Rata-rata mahu wakil rakyat mereka boleh memberi pandangan bernas, nasihat dan tahu apa yang disampaikan oleh wakil rakyat itu adalah keperluan rakyat setempat.
2. Bebas dari sebarang skandal dan rekod jenayah.
Rakyat mahukan wakil rakyat mereka bebas dari skandal dan jenayah, kerana bagi mereka wakil rakyat adalah contoh kepada penduduk setempat. Jika dipilih calon yang mempunyai masalah disiplin maka rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengundi pada calon yang lebih layak.
3. Berjiwa rakyat tanpa mengira kaum.
Melayu, Cina, India dan ramai lagi suku kaum merupakan rakyat malaysia yang hidup majmuk. Maka bila salah seorang daripada suku kaum tersebut dipilih menjadi wakil rakyat untuk kawasan mereka, calon atau wakil rakyat tersebut perlu berjiwa rakyat dan mewakili semua kaum semasa mengutarakan pandangan beliau.
4. Bersiap sedia 24 Jam.
Calon yang dipilih mestilah seorang calon yang bersiap sedia 24 jam untuk turun padang membantu masyarakat atau penduduk setempat yang memerlukan bantuan. Betapa cepatnya respon diberi, rakyat akan sentiasa ingat dihati.
5. Dapat memberi kerjasama walaupun berlainan pendapat.
Seorang calon tidak seharusnya betul dalam setiap hal maka akan berlaku percanggahan idea, jadi calon atau wakil rakyat harus memberi kerjasama beliau bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat walaupun berlainan pendapat.Pilihan wakil rakyat tidak semestinya betul sentiasa dan pilihan rakyat tidak semestinya salah sentiasa.
6. Mengunakan peruntukan dengan jimat cermat.
Jika seseorang calon atau wakil rakyat diberi mandat untuk mengurus peruntukan untuk membantu penduduk kawasanya, mereka harus cermat dan tidak boros ketika membelanjakannya. Ini kerana duit yang digunakan itu adalah duit rakyat dan ia perlu digunakan sebaiknya untuk menangani masalah penduduk setempat.
7. Dipilih dari “Anak Tempatan”.
Calon yang dipilihan sebolehnya mestilah dikalangan anak tempatan. Ini kerana calon atau wakil rakyat dari kalangan orang tempatan tahu selok belok dan masalah yang dialami oleh penduduk kawasan beliau. Ini memudahkan beliau untuk turun padang tanpa menunggu aduan dari penduduk setempat.
8. Dapat memimpin penduduk kawasan.
Seorang calon atau wakil rakyat bagaikan chief in command atau commander bagi sesuatu kawasan. Calon itu perlu berkebolehan memimpin penduduk kawasan mereka.Dalam situasi bencana alam seperti banjir, rakyat mahu wakil rakyat mereka turun padang memberi arahan dan memimpin penduduk mereka. Bukannya calon atau wakil rakyat yang datang melawat lepas kejadian berlaku.
9. Melunaskan janji kepada rakyat.
Setiap kali pilihanraya janji ditabur tetapi tidak pasti dilunaskan atau tidak selepas memenanginya. Jadi calon yang dipilih haruslah mempunyai tanggungjawab untuk melunaskan janji- janji pilihanraya dan perlu memastikan segala janjinya ditunaikan sebelum pilihanraya seterusnya.
10. Mencapai KPI sendiri.
Setiap calon atau wakil rakyat perlu berkebolehan merancang KPI sendiri.Ia merupakan alat pengukur untuk membaiki servis perkhimatan mereka dan mereka perlu sentiasa cuba mencapai KPI mereka. Dengan adanya KPI sendiri, calon atau wakil rakyat tahu dimana kelemahan mereka dan dimana mereka perlu memberi lebih perhatian.
Ini pula pandangan Keris dengan memberikan pendapat kerdil mengenai pemilihan calon bagi menghadapi PRU13 kelak. Jika Shizone telah menyenaraikan apa yang perlu bagi seorang calon 'Winnable Candidate' maka Keris senaraikan beberapa aspek didalam diri seorang calon yang perlu dielakkan daripada dipilih :
- Tidak mendekati rakyat
- Tidak menerima pandangan ahli akar umbi
- Tidak boleh ditegur
- Menyenarai hitamkan pemimpin akar umbi yang berlainan ideologi sedangkan mereka bijak
- Sikap apologeptik ( berpegang pada ayat baru lepas jumpa pm) berbohong
- Sikap mengampu
- Terlampau yakin
- Menafikan kebolehan para pelapis
- Terlalu menonjolkan diri
- Bodoh sombong
- Syok sendiri
- Melagakan sesama sendiri di pergkt bahagian 'Cah Keting'
- Terlalu berpuak puak
- Tidak berjuang secara kolektif
- Berjuang untuk kepentingan diri dan bukan untuk parti
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Keris hanya beri pendapat..bukan pandai sangat pun...PRU macam dah dekat je..
0 ulasan:
Post a Comment