18/01/2016

PAN-PKR Meroyan Bila Hadi Cakap Pasal UMNO?



Bernama melaporkan bahawa PAS tidak  berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini.

Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.

Abdul Hadi telah mendedahkan 3 kerjasama yang telah dijalinkan dengan UMNO.

Di antaranya ialah semasa konflik di Yaman di mana kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan Malaysia membantu Abdul Hadi secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut. Puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian.

"Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya UMNO," katanya.

Abdul Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa. 

"Antaranya saya telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama. 

"Kita juga sidang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh.

"Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh," jelasnya.

Kenyataan Abdul Hadi ini sudah pasti akan menyebabkan parti DAP panas punggung. Dan yang pastinya, kerjasama di antara UMNO dan PAS bukan lagi omongan kosong.

K7L : Ramai merah mato bang!..

3 ulasan:

  1. Haiiii Dulu dengan DAP memperjuangkan islam dan sekarang dengan umno.. pulak ... Apahal....

    ReplyDelete
  2. Apa dah jadi dengan orang Indonesia ini orang cerita pasal politik dia asyik cerita pasal kena Nombor Aje. Tak ada kerja lain ke?

    Saat Jais
    https:saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. Alamak! Sekejap nak berkerjasama dengan PAS..lepas dah menang Pulau Pinang dan Selangor dengan mempergunakan PAS, terus berubah kerjasama dengan PANtat pulak?
    Memang dasar sial Kapir2 dapigs dan pkr!!
    Khianat dan memfitnah memang tak salah mengikut ajaran Kapir!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk