28/01/2016

Guru Cemerlang Ugut Bom Pemimpin Negara? - Tak Bijak!



Guru yang juga seorang penjawat awam di Johor mengugut akan BOM dan POTONG KAKI Perdana Menteri Malaysia. Benda ini bukanlah satu benda yang baik malahan ianya datang daripada seorang guru.

Pertama sekali bukan semua guru tidak bijak seperti dia ini. Marah macam mana sekalipun negara ini ada undang-undang. Kalau kita diugut bunuh atau apa-apa sudah tentu kita pun akan membuat laporan.

Inikan pula ugutan berbaur ancaman kepada pemimpin negara. Ramai kakitangan awam hidup dalam dunia 'dilema siber'. Adakah akaun media sosial hak peribadi atau separuh hak tersebut melibatkan kerjayanya sebagai kakitangan awam.

Sudah sampai masanya setiap Kementerian dan Jabatan serta agensi berperanan dalam menangani isu ini bagi mendidik kakitangan awam tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam melayari dunia siber.

Pihak polis sewajarnya mengambil ugutan guru ini sebagai serius kerana ianya merupakan satu ancaman bunuh kepada pemimpin negara.

K7L : Mengajar di pedalaman Sarawak mahu?.. kata guru cemerlang kan.....

4 ulasan:

  1. Lain kali kalau cari calun guru... orangnya mestilah yang berminat jadi guru... bukan orang yang cari makan dalam profession guru.

    ReplyDelete
  2. Ini guru mcm penjenayah lah pulak. Segeralah diambil tindakan sebelum mempengaruhi murid.

    ReplyDelete
  3. Cikgu ni pun akan wat statement mcm "datin" popular bini sapa tu.."FB saya kena godam.."

    ReplyDelete
  4. Muka comel... otak tak berapa comel...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk