28/01/2016

Amanah Kelantan Ditanam Hidup-Hidup Oleh PAS?



Pas Kelantan mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan beberapa penghulu yang didapati cenderung menyokong Parti Amanah Negara (PAN), atau terlibat secara langsung dengan program anjuran parti itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan keras itu diambil bagi memastikan semua penghulu serta pemimpin akar umbi menyokong penuh kerajaan negeri yang memerintah.

“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan, sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.

“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Penghulu 2016, di sini hari ini.

Penyampaian watikah kepada 790 penghulu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penghulu yang disingkirkan kerana menyokong PAN.

Beliau berkata, selain pecat, antara tindakan lain boleh dikenakan terhadap penghulu yang menentang kerajaan negeri ialah amaran dan digantung tugas.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Presiden Pas memberitahu, keputusan kerajaan negeri mengarahkan premis menjual vape dikosongkan sebelum 1 Februari ini adalah muktamad walaupun menerima bantahan.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung memorandum bantahan peniaga yang diserahkan kepada kerajaan negeri baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai hakisan di sekitar Pantai Pulau Kundur serta beberapa kawasan lain akibat fenomena air pasang besar, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sedang memantau keadaan di lokasi kejadian.

“Kita minta JPS pantau dan sediakan laporan supaya kita boleh hantar hasil laporan itu kepada Kerajaan Pusat untuk tindakan susulan seperti membina benteng atau meletakkan batu,” katanya.

K7L : Padan muka..

1 ulasan:

  1. Ternyata penghulu-penghulu berhaluan PAN ini tidak mampu untuk berfikir sendiri. Padahal kita semua sudah diberikan akal untuk berfikir. PAN dan DAP telah secara lansung dan tidak langsung bersatu untuk sama-sama menyokong agenda anti Islam, anti Raja-Raja Melayu pimpinan tokong besar DAP. Kegagalan untuk berfikir dan melayani kehendak nafsu dendam politik telah menyebabkan mereka langsung tak peduli pendirian tetap dan tegas pemimpin DAP Lim Guan Eng yang telah menyatakan bahawa agenda DAP adalah jauh lebih penting daripada ajaran Islam.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk