13/10/2015

Usaha PKR Nak Jahit PAS Kembali Dalam Pakatan Harapan Ditolak Ketua Dewan Ulama PAS!


 

Nampaknya kepincangan yang sedang berlaku di Selangor, memberi tekanan yang lebih kepada Azmin yang kini ditekan oleh DAP-PAN untuk membuang PAS daripada senarai Exco Negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, PAS yang kini ditekan oleh DAP-PAN untuk keluar sendiri daripada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk terus tidak berhubungan dengan DAP dan PAN.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed menegaskan, PKR tidak perlu lagi bersusah-payah mahu ‘menyam­bung’ semula ikatan yang telah terputus.

Menurut beliau, Pas tidak lagi berminat mengulangi pendirian tersebut kerana pada masa ini parti itu sedang mempertimbangkan untuk membina pakatan baharu dengan menjalinkan kerjasama dengan parti-parti kecil lain untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PKR tidak perlu lagi nak meminta-minta Pas untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang. Pendirian kami jelas, kerjasama dengan DAP dan Amanah tidak akan lagi wujud.

“Pas hanya me­ngekalkan hubungan dengan PKR. Kita boleh pertimbangkan untuk bekerjasama dengan parti-parti lain. Ada banyak lagi parti kecil lain dan kemungkinan Pas akan membentuk pakatan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.


Nampaknya PKR betul-betul jadi Anjing yang tersepit. Kalau tolak PAS, nanti PRU14 akan hilang banyak undi. Kalau tolak DAP-PAN maka akan hilang bantuan dana dan sokongan orang cina.

Apapun kini PKR sudah menjadi 'Tahi' dan terdesak. Apa bleh buat, boss kak liwat sudah ke dalam. Kita tunggu sahajalah apa yang akan berlaku dalam perang PAS-DAP-PAN. PKR dikhabarkan akan kalah kalau PAS lawan dalam penjuru yang sama.

K7L : PKR sudah mula goyang..PAS dah ready jalan sendiri..

2 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk